MY FRIENDS......

26 February 2011

JOM POSING..... LALALA~~

Dalam seminggu, banyak gambar dgn b'macam-macam cara kita orang posing, telah diambil... kat bawah ni aku sharekan sebahagian gambar yg telah diambil.. hope korang suke tengok pic-pic ni ye....














inilah cara kita org hilangkan tension, sebabnya dalam 1 minggu sahaja kita org ada 4 ujian.... hahaha.... pelikkan cara kita orang hilangkan tension?? kena posing sana sini..... masa ni la, kita orang dah tak fikir apa-apa pun, yang penting, macam mana cara kita orng happy.... 
ALL THE BEST FOR YOU MY FRIENDS.... 

22 February 2011

JANGAN GUNA PERKATAAN "SALAM"......





بِسْــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

اَلسَّلاَمُ عَ
لَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
SIAPA YANG MENGGUNAKAN PERKATAAN "SALAM"? apakah maksud disebaliknya??


Maka berpalinglah (hai Muhammad) dari mereka dan katakanlah:"Salam (selamat tinggal)".
Kelak mereka akan mengetahui (nasib mereka yangburuk). (QS. 43:89)


baik gunakan,,,ASSALAMUALAIKUM atau ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAH HIWABARAKATUH...


Ilmu utk dikongsi bersama. Sekadar peringatan untuk semua rakan-rakan muslim yang lain.
Pagi semalam saya dengar radio ikim (91.50 fm). Ustaz Zawawi ada cerita tentang sunnah Rasulallah s.a.w. Antara yang dibincangkannya ialah tentang bab cara memberi salam.

Menurut ustaz Zawawi Yusof, Baginda SAW memberi salam dengan lafaz“Assalamualaikum” dan menjawab salam dari para sahabat baginda dengan salam yang lengkap iaitu “Waalaikumussalam warahmatulallahhi wabarakatuh”

Ringkasnya, baginda SAW akan ;Beri salam dengan ucapan - “Assalamualaikum”
dan…Jawab salam - “Waalaikumussalam warahmatulallahi wabarakatuh”
Lagi satu, perlu diingatkan juga semasa menjawab salam,
saya dengar ramai orang jawab salam dengan ucapan yang tidak tepat.
Jawab salam yang betul ialah ;


“WAALAI KUMUS SALAM”dan bukannya yang selalu saya dengar iaitu ;

“WAALAI KUM SALAM”

Apabila kita ingin berkirim salam pada orang lain, hendaklah kita berkata

“Kirim salam, assalamualaikum pada ASHREE ye” contoh lerr…

Dan bukannya : “Kirim salam kat ASHREE yer”

Dan jangan pula memandai-mandai tambah perkataan seperti ” Ko tolong kirim salam maut kat dia yer“.
Statement ini walaupun dalam nada bergurau, tapi ia adalah menyalahi syariat dan berdosa, walaupun sekadar gurauan!

Selain itu, janganlah kita menggantikan perkataan “Assalamualaikum” dengan“A’kum” dalam sms atau apa sekalipun melalui tulisan.

Jika perkataan “Assalamualaikum” itu panjang, maka hendaklah kita ganti dengan perkataan “As Salam” yang membawa maksud sama dengan “Assalamualaikum”.

Sesama lah kita memberitahu member-member yang selalu sangat guna shortform“A’kum” dalam sms ataupun email. Perkataan ‘AKUM‘ adalah gelaran untuk orang-orang Yahudi untuk orang-orang bukan yahudi yang bermaksud‘BINATANG‘ dalam Bahasa Ibrani.

Ia singkatan daripada perkataan ‘Avde Kokhavim U Mazzalot’ yang bermaksud ‘HAMBA-HAMBA BINATANG DAN ORANG-ORANG SESAT‘.

Jadi, mulai sekarang jika ada orang hantar shortform “A’kum“, kita ingatkan dia guna “As Salam” kerana salam ialah dari perkataan “Assalamualaikum“.

* Jangan guna “Bye” kerana“Bye” adalah jarum sulit Kristian yang bermaksud “Di Bawah Naungan Pope.”

* Jangan guna “A’kum” kerana“A’kum” bermaksud “Binatang” dalam bahasa Yahudi.

* Jangan guna “Semekom” kerana“Semekom”bermaksud “Celaka Kamu.”Gunakan perkataan “ As Salam” sebagai singkatan bagi“Assalammualaikum.”

Tolong tag kepada umat Islam yang lain , untuk elakkan diri daripada membuat dosa..

Sekian, semoga ada manfaatnya

19 February 2011

10 ERTI SENYUM.....


1. Senyum membuat Anda lebih menarik.Orang yang banyak tersenyum memiliki daya tarik.
Orang yang suka tersenyum membuat perasaan orang disekitarnya nyaman dan senang.
Orang yang selalu merengut, cemburut, mengerutkan kening, dan menyeringai membuat orang-orang disekeliling tidak nyaman. Dipastikan orang yang banyak tersenyum memiliki banyak teman.

2. Senyum mengubah perasaan
Jika Anda sedang sedih, cobalah tersenyum.
Senyuman akan membuat perasaan menjadi lebih baik.
Menurut penelitian, senyum bisa memperdayai tubuh sehingga perasaan berubah..

3. Senyum menular
Ketika seseorang tersenyum, ia akan membuat suasana menjadi lebih riang.
Orang disekitar Anda pasti akan ikut tersenyum dan merasa lebih bahagia

4. Senyum menghilangkan stres
Stres bisa terlihat di wajah.
Senyuman bisa menghilangkan mimik lelah, bosan, dan sedih.
Ketika anda stres,ambil waktu untuk tersenyum.
Senyuman akan mengurangi stres dan membuat pikiran lebih jernih.

5. Senyum meningkatkan imunitas.
Senyum membuat sistem imun bekerja lebih baik.
Fungsi imun tubuh bekerja maksimal saat seseorang merasa rileks.
Menurut penelitian, flu dan batuk bisa hilang dengan senyum.

6. Senyum menurunkan tekanan darah
Tidak percaya? Coba Anda mencatat tekanan darah saat anda tidak tersenyum dan catat lagi tekanan darah saat anda tersenyum saat diperiksa.
Tekanan darah saat Anda tersenyum pasti lebih rendah.

7. Senyum melepas endorphin, pemati rasa alamiah, dan serotonin
Senyum ibarat obat alami.
Senyum bisa menghasilkan endorphin,pemati rasa alamiah, dan serotonin.
Ketiganya adalah hormon yg bisa mengendalikan rasa sakit.

8. Senyum membuat awet muda
Senyuman menggerakkan banyak otot .
Akibatnya otot wajah terlatih sehingga anda tidak perlu melakukan face lift.
Dijamin dengan banyak tersenyum Anda akan terlihat lebih awet muda.

9. Senyum membuat Anda kelihatan sukses
Orang yg tersenyum terlihat lebih percaya diri,terkenal, dan bisa diandalkan.
Pasang senyum saat rapat atau bertemu dengan klien.
Pasti kolega Anda akan melihat Anda lebih baik.

10. Senyum membuat orang berpikir positif.
Coba lakukan ini : pikirkan hal buruk sambil tersenyum. Pasti susah.
Penyebabnya, ketika Anda tersenyum,tubuh mengirim sinyal "hidup adalah baik".
Sehingga saat tersenyum, tubuh menerimanya sebagai anugerah

14 February 2011

GENG KELAS.....











inilah GAMBAR bdak2 dalam kelas aku, geng kelas untuk course KEJURUTERAAN AWAM... Ada 32 orang kesemuanya, tp ada juga jenis yang xnak msuk dalam gambar..hahaha... Tak apelah, yang penting dah 3 sem kami bersama... harap2 p'sahabatan ini kekal... yang paling BEST.... semuanya ORE KELATE... Sama-sama makan budu... hehehe... HOPE korang semua berjaya dengan ape yang korang lakukan dan impikan....
YA ALLAH YA TUHAN KAMI.... PERMUDAHKANLAH PERJALANAN KAMI DALAM MENUNTUT ILMU , DAN BERILAH KAMI KEKUATAN DAN KETABAHAN DALAM MENCARI KEREDHAANMU..SERTA BERILAH KAMI KEBAHAGIAAN, SAMA ADA KEBAHAGIAAN DIDUNIA MAHUPUN DI AKHIRAT.... 
AMIN.......

13 February 2011

KECEK KELATE ( CAKAP KELANTAN ) PART 2....

Cerita ni plak, dicritakan sendiri oleh abah aku, yang dia dengar dari orang lain jg... 
Ada dua kawan, sorang orang luar ( si A ) dan sorng lagi ore kelate ( si B )..  tinggal dalam satu rumah..
si A: weh!! ada lipan la..
si B: katok la..
si A: ape pulak katak, aku kata lipan la..
si B: ye la.. katok la..

si A: lipan la, lipan!!.. faham tak??
si B: kawe tau doh, katok je la....
si A: p&%*@#$%&*)!@# 
maksud katok ialah pukul... Aku gelak je bile dengar cite abah aku tu..
satu lagi cerita, diceritakan oleh bapa saudara aku sendiri.. cerita ni berlaku kat lapangan terbang, ada dua orng pemuda, pemuda 1 masuk dalam kawasan lpangan dengan terburu-buru, kemudian dia terlanggar pemuda 2, habis barang kedua-dua pemuda tersebut jatuh, sambil kutip barang yang jatuh, pemuda 1 pun cakap " ambo gadoh ni." pemuda 2 pandang pada pemuda 1 dengan pandangan pelik, bila pemuda 1 bangun, terus pemuda 2 bagi penumbuk pada pemuda 1 sehingga jatuh.. pemuda 1 pandang wajah pemuda 2 sambil pegang mukanya yang terasa perit, 
pemuda 1: bakpo demo tumbok ambonyo?
pemuda 2: sebab awak sebut nak gadoh tadi, saya ingat awk nak gaduh, jadi, 
                 sebelum awak pukul saya, lebih baik saya pukul awk..
pemuda 1: !#@$%*&%@$
maksud gadoh ialah nak cepat.. cite ni pun buat aku gelak...
Satu lagi kisah berlaku pada aku sendiri.. masa tu aku belajar dekat KL. aku tinggal sebilik dengan 5 orang teman yang semuanya orang luar kelate.. satu hari kami nak pergi kelas, lepas turun dari bas, kami kena lintas jalan untuk pergi ke bangunan kelas.. kami terpaksa tunggu sampi kereta dah tak ada, bru boleh lintas.. lepas beberapa minit, aku pun ajak dorang lintas jalan.
Aku: "lintas 'selalu' la weh, keto tak dop dah tu." sume pndang aku pelik.. 
Yuni: "hang nak kami mati cepat ka lintas jalan 'selalu'?" 
Aku: "la... kenapa pulak?" aku tanya balik. 
Yuni: "yela.. nak kena lintas selalu, nanti datang kete, lanyak kami, baru tau, sekali cukup la." 
Aku gelak, baru aku faham tentang perbezaan dari satu perkataan 'selalu'. bagi ore kelate, selalu tu membawa maksud sekarang, orang luar pulak 'selalu' membawa maksud ulang-ulang atau sentiasa.. hehehe... aku pasti tergelak sendiri bile teringat hal ni..
kat bawah aku ada senaraikan beberapa perkataan kelantan.. 
gewe - teman istimewa
ambo, kawe - saya
bakpo - kenapa
kona - pusing
bekwoh - kenduri kahwin
koya - ego
agah - berlagak
gaduh - nak cepat
riya - ringgit
woh nyor - buah kelapa
mugrih - terasa
lagu mano - macam mana
katok - pukul
debe - samseng
bo - cukup
taruk - letak 
meceh - mancis

KECEK KELATE ( CAKAP KELANTAN ) PART 1.....

Agak2 la kan, mudah tak nak kecek kelate?? hehe... Kalau orang luar nak kecek kelate, mesti pelik je bunyi dia. macam dalam cerita - cerita kat tv, ore kelate kata seperti orang siam kecek kelate la, kalau orang luar nak kecek kelate...
Aku pn sebenarnya ok kecek kelate, sebab aku memang asal kelate, tapi kalau bahasa kelate kampung, atau kelate pekat, memang aku tak faham terus. Aku dibesarkan luar pada kelate, umur aku 15 tahun baru aku balik kelate, so, kecek luar ni ada lagi la dalam diri aku.. banyak perkataan kelate aku yang aku tak tahu dlu, dan skang dah blajar skit..
Aku ada banyak pegalaman dengan perkataan kelate ni.. contoh pertama ialah masa aku kecik2 dlu, masa tu aku duduk kat pineng, kira pekat cakap pineng la dari kelate, bila balik kampung sebelah abah, sepupu2 suka ajuk cara aku cakap.. penah sekali sekali atuk dan sepupu2 bawa aku pergi beli ais krim, aku tanya harga 1 ais krim ni kat pak cik 2..
"pak cik, ais krim ni bape harga die?" pak cik tu jawab, "samah". aku tercegang, tak tau bape untuk harga 'samah' tu. tapi dengan confidentnya, aku tanya pakcik tu balik, "mahalnya 'samah', seringgit tak boleh ke?" sepupu2 aku dah gelakkan aku, aku pelik, pakcik 2 pun senyum2 je, kemudian tok aku pn bagitahu la "ore doh bui (bagi) muroh, kito plok nok maha.. 'samah' tu 50sen.. nok seriya (seringgit) wak gapo??" malunye...
contoh kedua masa balik kampung sebelah umi plak. mak sedara aku mntak aku ambil satu barang kat dapur. "kak tolong ambik 'supik rokrak' kat dapur nuh" aku pelik dengar perkataan tu, 'supik?' 'rokrak?' ape tu? tanpa bertanya aku ke dapur cari 'supik rokrak'. satu dapur aku tawaf, nak cari 'supik rokrak' tapi tak jumpa2 jg. mak sedara aku pun masuk, 
Ngah: "ore suh cari 'supik' dio dok musing so (satu) dapor, mek dok nunggu nok isi pise (pisang)" 
Aku: 'supik rokrak' tu duk mana?"
Ngah: "nih, dok atah amaghi (kabinet dapur) jah, nok dekat denge bute (biji) mato pon tok napok ko?"
Aku: "la... plastik isi barang k?"
Ngah: "ho la, pah demo ingat gapo?"
Aku: "ingat 'supik' serupa dengan buluh tu."
Ngah: "dok ingat, demo ore luar kae.. dok kena 'supik rokrak'..
satu rumah gelakkan aku.. huhu
kalau nak ikut, memang banyak p'kataan kelantan yg aku tak tahu lagi..aku bangga dengan negeri sendiri..



12 February 2011

SEJARAH VALENTINE......

NOTE NI AKU AMBIL DARI SATU PAGE DEKAT FB.. HARAP DAPAT DIJADIKAN PANDUAN DAN PENGETAHUAN KEPADA SEMUA TENTANG VALENTINE, DIMANA PARA MUDA MUDI SIBUK PERKATAKAN SETIAP 14 FEBRUARI..

Sungguh merupakan hal yang ironis(menyedihkan/tidak sepatutnya terjadi) apabila telinga kita mendengar bahkan kita sendiri 'terjun' dalam perayaan Valentine tersebut tanpa mengetahui sejarah Valentine itu sendiri. Valentine sebenarnya adalah seorang martyr (dalam Islam disebut 'Syuhada') yang kerana kesalahan dan bersifat 'dermawan' maka dia diberi gelaran Saint atau Santo.
Pada tanggal 14 Februari 270 M, St. Valentine dibunuh karena pertentangannya (pertelingkahan) dengan penguasa Romawi pada waktu itu iaitu Raja Claudius II (268 - 270 M). Untuk mengagungkan dia (St. Valentine), yang dianggap sebagai simbol ketabahan, keberanian dan kepasrahan dalam menghadapi cubaan hidup, maka para pengikutnya memperingati kematian St. Valentine sebagai 'upacara keagamaan'.

Tetapi sejak abad 16 M, 'upacara keagamaan' tersebut mulai beransur-ansur hilang dan berubah menjadi 'perayaan bukan keagamaan'. Hari Valentine kemudian dihubungkan dengan pesta jamuan kasih sayang bangsa Romawi kuno yang disebut “Supercalis” yang jatuh pada tanggal 15 Februari.

Setelah orang-orang Romawi itu masuk agama Nasrani(Kristian), pesta 'supercalis' kemudian dikaitkan dengan upacara kematian St. Valentine. Penerimaan upacara kematian St. Valentine sebagai 'hari kasih sayang' juga dikaitkan dengan kepercayaan orang Eropah bahwa waktu 'kasih sayang' itu mulai bersemi 'bagai burung jantan dan betina' pada tanggal 14 Februari.

Dalam bahasa Perancis Normandia, pada abad pertengahan terdapat kata “Galentine” yang bererti 'galant atau cinta'. Persamaan bunyi antara galentine dan valentine menyebabkan orang berfikir bahwa sebaiknya para pemuda dalam mencari pasangan hidupnya pada tanggal 14 Februari. Dengan berkembangnya zaman, seorang 'martyr' bernama St. Valentino mungkin akan terus bergeser jauh pengertiannya(jauh dari erti yang sebenarnya). Manusia pada zaman sekarang tidak lagi mengetahui dengan jelas asal usul hari Valentine. Di mana pada zaman sekarang ini orang mengenal Valentine lewat (melalui) greeting card, pesta persaudaraan, tukar kado(bertukar-tukar memberi hadiah) dan sebagainya tanpa ingin mengetahui latar belakang sejarahnya lebih dari 1700 tahun yang lalu.

Dari sini dapat diambil kesimpulan bahwa moment(hal/saat/waktu) ini hanyalah tidak lebih bercorak kepercayaan atau animisme belaka yang berusaha merosak 'akidah' muslim dan muslimah sekaligus memperkenalkan gaya hidup barat dengan kedok percintaan(bertopengkan percintaan), perjodohan dan kasih sayang.

SOMBONGKAH AKU....??



Sombongkah aku kiranya tidak mahu membalas pesanan ringkasmu?
Sombongkah aku jika membiar sepi YM darimu?
Sombongkah aku jika aku hanya membiarkan panggilan darimu berlagu tidak berjawab?

Ya,aku memang sombong.
Namun aku sombong bertempat!
Bukan pada semua.

Tapi hanya padamu,lelaki ajnabi yang tidak halal buatku.
Pantaskah aku membalas SMS mu kiranya luahan rindu yang kau ucapkan?
Perlukah aku membalas YM mu jika omongan cinta yang kau ingin bicarakan?
Haruskah aku berbual denganmu jika tiada perkara penting yang mahu dibincangkan?

Kau bukan suamiku,perlukah kita melakukan semua itu?
Tepuk dada,tanyalah imanmu sendiri wahai teman.

Maaf aku tidak sanggup melakukan semua itu jika murka Allah yang ku dapat
Jika kerana sikapku ini kau memanggilku sombong, nah silakan.
Aku tidak peduli.
Jika kerana ini kau memandangku seorang yang kolot
Aku masih juga tidak peduli
Apalah sangat pandanganmu jika dibandingkan dengan pandangan murka Tuhanku

Kiranya aku mengikut kemahuanmu
Aku lebih takutkan Tuhan yang menjadikan kau dan aku.

Sebelum tiba masanya, biarlah kulabuhkan dulu cintaku pada-Nya
sebelum kulabuhkan cintaku kepada yang berhak keatasku ke
Hanya untuk suamiku,cinta halal bagiku.
http://www.iluvislam.com/karya/puisi-kreatif/1676-sombongkah-aku.html

07 February 2011

RAHSIA AIS DAN AIR SEJUK....

Aku nak kongsikan tentang rahsia ais dan air sejuk, yang aku ambil melalui surat khabar HARIAN METRO. Ada banyak rahsia yang dinyatakan yang mungkin kita tidak tahu, tapi aku nak kongsikan beberapa rahsia yang menarik bagi aku.


1. Air sejuk yang hening dapat menolong pesakit insomnia (sukar tidur) agar dapat kembali tidur seperti biasa.
2. Liputan ais di Antartika ( daerah kutub selatan ) dan Artik ( daerah kutub utara ) adalah pengimbang dasar bumi yang amat panas.
3. Kombinasi dalam bumi yang panas dan luaran bumi yang sejuk adalah rahsia keseimbangan tekanan semulajadi alam yang mengawal graviti dan pergerakan bumi pada paksinya.
4. Ais atau air sejuk dapat mengembalikan memori atau sifat pelupa yang keterlaluan.
5. Air sejuk adalah terapi yang amat popular sebagai penguat tulang yang patah dengan syarat ia dibalut dengan kain berwarna hitam.
6. Makruh mengambil air sembahyang (wuduk) pada suhu yang tinggi atau yang terkena panas cahaya matahari yang pasti akan mengganggu sistem deria pada kulit.
7. Air sejuk pada psikologinya amat ditakuti pesakit yang mengalami gangguan jin, atau dikuasai unsur spiritual yang jahat.
8. Air sejuk mempunyai nada bunyi dalam tekanan rendah yang amat lembut lagi mengharmonikan, contohnya air terjun.
9. Air sejuk akan meningkatkan sistem imun yang luar biasa sebagai tenaga pencegahan pelbagai penyakit alahan dan jangkitan.
10. Air sejuk dalam rahsia ais memegang rahsia kepadatan molekul kristal yang paling keras iaitu intan.
11. Air sejuk mempunyai daya rangsangan yang boleh mengembalikan semangat yang sudah hilang bagi mereka yang pengsan, gila dan koma untuk kembali sedar.
12. Air sejuk lebih stabil molekul atomnya.
13. Air sejuk lebih peka kepada gelombang frekuensi rendah yang dirakamkan melalui niat dalam amalan wuduk.
14. Air sejuk sesuai dijadikan penawar kepada orang yang ingin merakamkan bunyi dalaman yang disertai dengan rasa kasih sayang dan keikhlasan.
15. Oksigen dan Hidrogen bersifat panas dan ia menguasai bahagian perut, menjadi suatu kesalahan memulakan amalan pemakanan di waktu pagi dengan unsur yang panas. Minumlah seteguk air sejuk pada awal pagi kerana ia akan menguatkan perut.

....SELAMAT MEMBACA DAN MENCUBA....
( ' ' , ) 

10 BUKTI LELAKI ITU RUMIT....



1.Jika kamu melayannya dengan baik, dia fikir kamu jatuh cinta kepadanya.
Jika tidak, kamu akan dianggapnya sombong.

2. Jika kamu berpakaian cantik, dia fikir kamu sedang cuba untuk menggodanya.
Jika tidak, dia kata kamu kekampungan.

3. Jika kamu berdebat dengannya, dia kata kamu keras kepala.
Jika kamu berdiam diri, dia kata kamu tak ada IQ tinggi.

4. Jika kamu lebih pintar daripada dia, dia akan jatuh air muka.
Jika dia yang lebih pintar, dia bilang hebat.

5. Jika kamu tidak cinta padanya, dia akan cuba mendapatkanmu bermati-matian.
Jika kamu mencintainya, dia akan cuba untuk meninggalkanmu.

6. Jika kamu beritahu dia masalahmu, dia kata kamu menyusahkan.
Jika tidak, dia tuduh kamu tidak mempercayainya..

7. Jika kamu cerewet padanya, dia anggap kamu seperti seorang pengasuh .
Jika dia yang cerewet pada kamu, itu kerana dia mengambil berat.

8. Jika kamu mungkir janji kamu, kamu tidak boleh dipercayai.
Jika dia yang ingkari janjinya, dia melakukannya kerana terpaksa.

9. Jika kamu menyakitinya, kamu sangat kejam.
Jika dia yang menyakitimu, itu kerana kamu terlalu sensitif dan terlalu sukar
untuk dijaga hati.

10. Jika kamu mengirimkan ini pada lelaki-lelaki, mereka pasti bersumpah semua ini tidak benar

....sekadar bacaan semata-mata....
  ( ' ' , ) 

SEDARAH DAN SEDAGING....


Inilah adik-adik aku yang sangat aku sayang.. kak ngah, abe am, maman, dan yang bongsu, kami panggil adik.. Yang kecil 2 plak wafi, sepupu aku.. kami sedarah sedaging, tapi berbeza minat, pendapat, dan perangai pun memang lain-lain.
Kak ngah seorang yang bijak tapi cepat merasa down bile ada orang yang lebih bijak dari dia, lembut tapi garang, tak banyak kawan, tapi bila dah berkawan jadi kawan baik.. Abe am pulak suka masak, dan lebih rajin memasak dari aku, susah nak terasa dengan kata2 orang, tapi kalu dah terasa, susah nak pujuk, sangat peramah dengan sesiapa saja, dan ramai kawan.. Maman pendiam sikit, tak kacau orang, susah nak marah tapi kalau dia marah, aku sendiri terdiam, mudah terima nasihat, susah nak tergelak, hanya senyum je, tapi kalau dah gelak, perkara yang buat dia gelak tu dia akan ingat... Adik pula jenis sensitif, mudah merajuk, mudah marah, susah nak berkira dengan orang, tapi akan berkira dengan orang yang berkira dengan dia, kelakar dan diantara kami berlima, adik lah paling banyak masalah kesihatan sejak dari kecil, sehingga lah umur dia sekarang 13 tahun, umi abah masih berjaga-jaga tentang kesihatan dia..
Walau apa pun perbezaan antara kami, kami saling sayang menyayang antara satu sama lain, sebab abah dah pesan, "walau apa pun yang terjadi, kami semua kena tetap bersama, kerana kami adalah SEDARAH DAN SEDAGING... Dan suka duka kena kongsi bersama.."
Masa kecil-kecil dulu selalu bergaduh, event sekarang pun tetap ada gaduh-gaduh, tetapi berbeza sedikit dengan zaman kecil dan sekarang. Kalau dulu, terasa serabut bila bising, dan kadang-kadang pernah terfikir, "kan baik kalau tak ada adik??".
Tapi bila masing-masing dah belajar jauh, dan jumpa pun cuma time cuti, apa yang digaduhkan itulah aku akan ingat, dan membuatkan kami akan merindui antara satu sama lain. Hubungan kami memang rapat, banyak berkongsi cerita, sebab ABAH AJAR KAMI BERKONGSI segala-galanya.. 
Sekarang susah nak jumpa adik beradik yang dapat kongsi segala-galanya, lebih-lebih lagi adik beradik antara laki dan perempuan. Kawan kak ngah sendiri pernah cerita yang dia tak ngam dengan kakak sendiri, dia cemburu melihat KEAKRABAN aku dan kak ngah, yang mudah berkongsi cerita..
Kami memang rapat, termasuklah rapat dengan umi dan abah, dan sehingga ke hari ini, kami tetap makan bila abah yang suapkan.. Kami sama-sama gemar masakan umi, dan sayang umi abah, kerana kami adalah.....
SEDARAH DAN SEDAGING.

FAKTA TENTANG DIRIKU......

 satu perkongsian untuk semua tentang diri aku, simple, tapi padat.

1. Nama penuh aku ialah Nur Iliana Bte Mat Asif. Pada 11.11.2011 ini, cukup lah umur aku 23 thn, satu tarikh yg cukup cantik pada tahun ini..
2. Berasal dari Machang Kelantan, dan sekarang bersama family menetap di tanah merah Kelantan. Hampir 16 tahun dibesarkan dalam suasana kem Tentera dan berada di luar Kelantan, namun negeri Cik Siti Wan Kembang tetap dalam hati. :-)
3.  Anak sulung dari 5 beradik, ada 2 adik lelaki dan 2 adik perempuan. sepatutnya 3 adik lelaki, tetapi ALLAH lebih sayangkan dirinya.
4. Aku suka membaca semua jenis buku dan semua bentuk bahan bacaan, dan mengumpul novel-novel terbitan dari alaf 21, prima, telaga biru dan khaki novel, serta majalah seperti mastika, remaja, al-islam, nur dan dara.
5. Aku memiliki ketinggian 172 cm, terlalu tinggi untuk seorang perempuan, tetapi aku ada seorang kawan perempuan bernama Fayadhah dia memiliki ketinggian lebih dari aku, iaitu 174 cm. berat aku pernah mencecah sebanyak 90 kg, dan sekarang cuma 70 kg, tetapi masih berusaha untuk menurunkan lagi berat badan tersebut.. hehe.. chayok!!
6.  Pernah obses dengan warna pink, semua barang aku suka dengan warna pink, tapi sekarang obses itu dah berkurang dan lebih berminat dgn warna merah darah, hitam, purple,kelabu, biru muda dan oren. kebanyakan baju aku lebih kepada warna merah.
7. Suka melihat fesyen muslimah terkini, seperti jubah, selendang, blouse, jenis2 tudung, dan teringin untuk mencuba, tetapi tidak berkeyakinan untuk memakainya. Lebih suka memakai baju labuh dengan seluar berbanding baju kurung.
8. Suka dengan sayuran, dan makanan berkuah air, seperti sup, tomyam, nasi air, soto dan semua jenis laksa, tetapi kurang mengemari makanan berempah seperti kari dan gulai.
9. Suka minum susu , tapi tidak suka minuman bercampur susu tin seperti teh susu, kopi susu, bandung dan sebagainya, tidak suka milo, dan gemar dengan teh.
10. Aku suka dengan sukan dan permainan lasak seperti flaying fox, river cross, camping, pinball dan sebagainya, dan minat dengan TUDM, ramai tak percaya dengan minat ni sebab kawan2 cakap aku ni lembut, hehe... tapi itulah diri aku.
11. Mudah memaafkan seseorang itu, walaupun kesalahan yang dilakukan cukup berat, tetapi sukar untuk melupakan apa yang telah dia lakukan terhadap aku, dan anggapnya sebagai pengajaran supaya aku lebih berhati-hati kelak.
12.Lebih suka melakukan sesuatu yang praktikal berbanding mempelajarinya secara teori.
13. Sayang sangat2, tetapi x tak pandai nak menunjuk dan meluahkannya..   
14. Tak suka keluar tanpa arah tuju, lebih suka berada dirumah, tetapi suka keluar jika berkumpul dengan kawan2 melakukan aktiviti, tetapi tak suka membeli belah.
15. Suka dengar lagu2 balada, pop 90-an, evergreen, nasyid, korean dan suka menonton cerita2 cinta, kekeluargaan, drama2 dari korean dan jepun.
16. Tak suka dan takut dengan binatang termasuk kucing, lebih2 lagi yang merayap macam lipas... aaarrgghhh... 

Itu sajalah yang dapat aku kongsikan dengan semua tentang diri ini... Satu lagi sebelum aku lupa..
Pendapat aku tentang CINTA......
CINTA adalah sesuatu yang indah, dan semua orang tak boleh lari dari CINTA, kerana ianya ada dalam diri setiap orang. Untuk memiliki CINTA yang sejati setiap orang hendaklah bersedia, kerana ianya sukar untuk diperoleh, dan jika telah memperolehinya, hendaklah menjaganya dengan baik.
  CINTA untuk aku masih belum tiba, kerana aku masih belum mahu memberinya kepada sesiapa sehinggalah tiba waktu yang sesuai untuk aku, dan aku ingin mencintai diri sendiri dahulu sebelum menyintai orang lain, kerana jika kita mencintai diri sendiri dahulu, kita akan lebih menghargai CINTA orang lain.
Cintailah CINTA, dan jangan jadi hamba kepada CINTA...
 

06 February 2011

CINTAKANLAH AKU

TETAPI, ADAKAH AKU LAYAK UNTUK MENDAPATKANNYA??

BERKUMPUL BERSAMA

Hari cuti sememangnya hari yang paling di sukai oleh aku, sb masa ni je kami sekeluarga dapt b'kumpul... bile da b'kumpul, macam2 cerita yang dpt kami semua kongsi.. malamnya kami solat maghrib b'jemaah, lepas tu wat tahlil untuk arwah tok.. kemudian solat isyak b'jemaah.. selepas solat isyak, barulah kami semua menjamu selera..
makan2 ni sebnarnya kami buat bersempena untuk sambut birthday 5 org ahli keluarga yg tarikh lahirnya dalam bulan 1..
inilah kek harijadi yang disediakan, untuk sambut harijadi nadia, amirah, hanif, muaz dan juga umi. sepatutnya bukan nama aku kat atas kek 2, tp nama umi, iaitu anisah. tp ayah su tersilap bgtahu nama aku pada org yang menulis nama tersebut.. hehe.. ape pn kami tetap gembira menjamu selera..

inilah ahli keluarga aku yang ada malm tu, keluarga aku, keluarga ayah mat, ayah ngah dan ayah su..

semua makan dengan penuh berselera, hidangan cucur udang, sate dan ayam pangang, buah tembikai, buah limau, dan keropok menjadi pilihan..


 ayah su sedang membantu anaknya memotong kek... muaz pulak asyik menangis bila tengok abi nya memotong kek.. wafi kat sebelah pun x sabar nak potong kek.

Walaupun hidangan makan malam yang disediakan ringkas, makan didapur yang sempit,bukan di hotel mewah, tanpa meja dan kerusi, dan hanya beralas surat khabar dan tikar, kami semua tetap merasa gembira.. kerana disinilah kami semua berkongsi segala-galanya. makanan ringkas terasa mewah, tempat sempit terasa luas.. Kerana IKATAN KEKELUARGAAN ini lah lebih penting, dan membuatkan kami hidup lebih gembira..

04 February 2011

AHLI KELUARGA



Bapa : Mat Asif Bin Juhar (50)

Ibu : Anisah Bte Ibrahim (47)

Adik-Beradik :  Nur Iliana (23)
                        Nur Edila (20)
                                        Muhammad Ezaham (18)
                                        Muhammad Ezaman (16)
                           Nurul Effha (13)

         Tinggal Di : Tanah Merah, Kelantan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...