MY FRIENDS......

01 March 2011

..... TA'RUFF CINTA....


YA ALLAH......
Pertemukanlah aku dengan seseorang yang menyayangiku dan menyintaiku sepenuh hatinya,
tetapi tidak melebihi cintanya terhadapmu.
Pertemukanlah aku dengan seseorang yang dapat menerima diriku dan ahli keluargaku dengan seadanya, 
agar dia tidak memandang jelik pada kekurangan semata-mata.
PALING PENTING...
Pertemukanlah aku dengan seseorang yang memiliki ilmu dan agama yang baik,
agar dia dapat membimbingku menuju ke jalanmu sentiasa. 
YA ALLAH....
Jika engkau merasakan aku telah layak untuk menjadi seorang isteri yang baik,
maka kau percepatkanlah jodohku dengan seseorang yang telah kau takdirkan, 
agar aku dapat menjaga kesucian hatiku..
Tetapi, jika engkau merasakan aku masih belum layak untuk menjadi seorang isteri yang baik,
maka kau permudahkanlah aku untuk membentuk keperibadianku supaya lebih mulia,
agar aku dapat menjadi bidadarinya kelak...
.......AMIN......


KATA HATIKU : kena jadi lebih solehah untuk dapat yang soleh...

..... PERSEDIAAN.....

Aku dah berada di semester 3 tahun ini, dan seperti semester2 lepas, mesti akan ada 'FINAL EXAM'.. Semester ini aku perlu mengambil  9 subjek, iaitu 
  • MEKANIK STRUKTUR
  • GEOTEKNIK
  • HAIDRAULIK
  • MATEMATIK KEJURUTERAAN
  • KEJURUTERAAN JALAN RAYA
  • ENGLISH OF TECHNICAL
  • TAMADUN ISLAM
  • BAHAN DAN BINAAN
  • MAKMAL KEJURUTERAAN
  Subjek 4 teratas adalah subjek mengira, dan yang memasuki final adalah 5 subjek, iaitu yang 5 teratas. Aku tak berapa suka dengan subjek mengira ni, sebab aku cukup lemah dalam bab2 mengira, tapi nak buat macam mana, itu subjek yang aku kena ambil.. Alhamdullillah.... aku masih boleh meneruskannya..
Orang kata "STUDY SMART, BUKAN STUDY HARD" tapi aku dan 4 orang lagi kawan baik aku yang sentiasa bersama, bila study nak dekat exam.. Sudahnya, kepala pun jadi jem...
Itulah persediaan exam kita orang, aku cukup tabik hormat la dengan kawan-kawan aku, iaitu rosma, wani dan aini.. Dia orang ni memang kepala gile2, tapi bila bab belajar je ok sangat2... Kadang2 aku terfikir, macam mana la otak dia orang ni berkerja untuk menerima ilmu...
Aku tahu, aku tak boleh ikut cara dia orang, sebab lain orang, lain cara belajarnya.. Aku ada cara aku, dan dia orang ada cara dia orang.. Tak apalah, yang penting, aku kena fahami apa yang diajar oleh pensyarah, dan kena yakin yang aku boleh melakukannya...
Semester ni juga ada persediaan untuk menghadapi 'LATIHAN INDUSTRI (LI)' selama 6 bulan, iaitu bermula bulan 7 sehingga bulan 12, aku semakin tidak sabar untuk menghadapi latihan industri ini, sebab aku jenis yang suka dengan pembelajaran secara praktikal berbanding teori, dan aku akan merebut peluang dengan menimba ilmu dalam bidang pembinaan sebaik mungkin nanti..
Selepas tamat latihan industri, aku masih ada setahun untuk menghabiskan pembelajaran aku dalam bidang kejuruteraan awam ini.. Selepas itu, aku mahu memberi sepenuh perhatian dalam bidang lukisan pelan..  semoga ALLAH memudahkan perjalanan aku ini...

NOTE : Setiap perjalanan perlu pada perancangan, dan jika perancangan itu tidak berjalan dengan lancar, anggap sahaja ada sesuatu yang lebih baik sedang menanti kita di hadapan, peringatan untuk diriku juga, kerana aku pernah mengalami sendiri betapa pahitnya kegagalan dalam perancangan aku, namun aku juga merasai manisnya sesuatu yang menantiku di sebalik kegagalan....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...