MY FRIENDS......

31 July 2011

HEPY DAY...

To all my friends.... hepy to know you... i will keep this memory in my mind... hope all of you have a nice day, and hepy with anybody that you love... may god bless you..
 aku, aini, rosma n waniey... sweet la korng.... :-)
sepetang bersama kawan-kawanku...... smile....
dua hero kamcing.... ayie n mirul... macho la 2??? hehe....
my classmate..... bakal-bakal ir...... hehehe.... sweet smile....
THANKS FOR BEING MY FRIEND......

30 July 2011

WANITA PILIHAN LELAKI



Sikap Keibuan :
Banyak lelaki yg terpikat pada wanita yg bersikap keibuan, lembut, mengambil berat dan penuh kasih sayang. Wajah yg keibuan mampu membuat lelaki berasa tenteram ketika sedang stress, cemas dan gelisah dan senang hati ketika mahu bermanja. Jangan tunggu sampai melahirkan baru nak tonjolkan sikap keibuan. Setiap wanita ada potensi keibuan dalam diri masing2.

Keanak-anakkan :
Dalam batas yg wajar, sifat keanak-anakan seorang wanita menjadi daya tarikan di mata lelaki. Mereka berasa terhibur dengan keletah anda. tetapi tentulah bukan sifat keanak-anakkan yg melampau dan menyakitkan hati tetapi sikap keanak-anakan yg menyenangkan. Misalnya, kemanjaan wanita yg membangkitkan naluri kebapaan dan kelakian lelaki. Wanita ceria membuat lelaki lebih berghairah.

Penuh Pengertian :
Sikap pengertian wanita membuat lelaki berasa dihargai dan diterima seadanya. Sikap ini tercermin dari perasaan mudah memaafkan, memilih waktu yg tepat utk berbincang masalah dan sebagainya. Contohnya ketika lelaki melakukan kesilapan, wanita yg berpengertian tidak terus mengeluarkan kata2 yg kasar atau menuduh bukan2 sebaliknya cuba mengerti duduk persoalannya.

Menghargai :
Wanita yg menghargai lelaki adalah wanita idaman lelaki. Berbeza dgn wanita yg suka diperlakukan dgn lembut, lelaki suka dihargai, dipuji dgn tulus ikhlas dan diberi kepercayaan. Penghargaan dari wanita membuat lelaki berasa bangga.

Menjaga Penampilan :
Lelaki menyukai wanita yg pandai menjaga penampilannya agar sentiasa kelihatan cantik, bersih, kemas dan menarik. Penampilan yg baik menunjukkan wanita tersebut menghargai dirinya.Dia akan murah senyuman, pandai merawat tubuhnya, meningkatkan kualiti hidupnya dan memberi yg terbaik kepada dirinya.Dia suka dan bersyukur dengan dirinya dan secara tidak langsung memancarkan pesona yg menyebabkan lelaki juga menyukainya. Apabila sudah berumahtangga, wanita tersebut terus menjaga penampilan dirinya dan kesihatan tubuh badan walau sudah beranak-pinak. Siapa yg tidak suka isteri yg masih kelihatan cantik dan ramping walau dah punya anak 5??

Pandai berbicara :
Lelaki tertarik dgn wanita yg pandai berkomunikasi dan boleh diajak berbual. Walau topik perbualan yg disukai lelaki berbeza dgn topik kegemaran wanita,wanita tersebut dapat mengimbanginya. Dia bukan sekadar teman berbual yg pasif, tetapi dapat memberi respon dan pendapat yg baik. Dia juga tahu menjadi pendengar yg baik, serta mengalihkan topik yg agak serius kepada perbualan yg lebih menarik. Lelaki juga suka dengan wanita yg suka bergurau dan pandai berjenaka serta boleh menerima jenaka lelaki dgn baik dan berfikiran terbuka.

Pandai Bergaul dan Menyesuaikan Diri :
Wanita yg pandai bergaul dan menyesuaikan diri mempunyai nilai lebih di mata lelaki. Wanita tersebut tahu menghadapi orang yg lebih tua dan cara berhadapan dgn orang yg lebih muda. Apabila berhadapan dgn suasana yg baru, wanita tersebut tidak gentar malah cepat menyesuaikan diri. Dia mudah di ajak ke mana saja dan tidak kekok samada di bandar atau di kampung.

Menghormati Diri Sendiri :
Lelaki suka dgn wanita yg menghormati dirinya sendiri sebagai seorang wanita, bersikap sopan dan mempunyai etika. Wanita yg menghormati dirinya sendiri mempunyai keyakinan dan tahu apa yg baik dan buruk diperlakukan oleh seorang lelaki terhadap dirinya. Jadi dia tahu apa yg dia inginkan dan mahu elakkan serta menjaga maruah dirinya. Dia tidak akan merendah-rendahkan dirinya dan tidak akan membiarkan lelaki memperlakukan dirinya sesuka hati.

Simpati dan prihatin :
Lelaki suka wanita yg murah hati, mengambil berat, simpati pada nasib yg susah, sayangkan kanak-kanak dan tidak memilih bulu. Kebaikan yg wajar dan spontan mencerminkan hati yg mulia. Ada kecantikan dalaman pada dirinya yg memancar keluar dgn indah dan mempesona.


27 July 2011

WORDLESS WEDNESDAY... # 1

KAT TAMAN TENGKU ANIS












KATA HATIKU : KAU TERSENYUM, KU TERSENYUM, DUNIA PUN BERSERI.. :-)

24 July 2011

ALAT UNTUK KESELAMATAN WANITA.....



aku dpt maklumat ini melalui blog sekamarrindu korang bleh buka blog tersebut untuk tengok sendiri gambar yang selebihnya, bagaimana pemakaian alat ini pada kaum wanita..
terdapat juga data yang m'nyatakan malaysia berada di kedudukan ke 38 dari 65 buah negara untuk kes rogol diseluruh dunia, k'dudukan yang menakutkan bagi aku.
kalaulah diwajibkan pemakaian alat ini kepada kaum wanita, bagaimana agaknya reaksi semua orang ye??
reaksi perogol, ibubapa, suami, dan lebih-lebih lagi kaum wanita yg memakainya..
tentu saja tiada lagi kes-kes khalwat, berzina akan dilaporkan, dan kes pembuangan bayi akibat hubungan terlarang pun akan berkurangan..
sebenarnya, pemakaian alat ini telah wujud sejak zaman dahulu lagi, kalau dimalaysia pula, orang2 dari kaum batak kalau tak cilap aku (kalau salah, tolong betulkan ye) telah mengamalkan amalan pemakaian alat keselamatan ini, yang diberi nama capal.. alat ini dipakai pada kaum wanita ketika si lelaki sama ada ayah atau suami keluar berlayar, untuk k'selamatan si wanita..
sebenarnya tanpa alat ni pn, s'orng wanita boleh m'elakkan perkara2 tak d'ingini jika dia peka dgn k'adaan sekeliling dan tau m'jaga diri dengan m'ambil langkah2 yang sepatutnya..

KATA HATIKU : maruah diri adalah sangat b'harga dari segala benda didunia.. :-)

ORANG BARU....

Baby sulung dalam keluarga ayah ngah aku.. 




Kalau aku cucu sulung dalam keluarga IBRAHIM... ini pula ialah cucu bongsu dalam keluarga kami.. tapi bongsu buat masa skarang la, akan datang ada lagi... hehe..
nama baby ni ialah HUSNA MAISARAH BT AZIZ.. Comelkan??
Aku tak berani nak dukung lagi time ni, sebab baby ni masih lembut..huhu.. Tapi bila dah dpt pegang, aku susah nak bg kat org len.. haha.. Aku suka sangat dengan budak2, lebih2 lagi baby mcm ni, sbb aku suka bau baby, wangi sgt2, tak ada perfume macam ni kat kedai2...
Apa pun, aku doakan semoga HUSNA MAISARAH ini akan jadi anak yang solehah untuk ayah ngah dan ngah, serta kebanggaan dalam keluarga kami nanti..
AMIN....

KATA HATIKU : bila tengok baby yg comel, teringin nak baby sendiri.... Oppss... Kena kahwin dulu ye.... hehehe... 

LELAKI IDAMAN SAYA

lelaki idaman saya adalah seorg, lelaki yg b'iman.
yg hatinya disalut rasa takwa kpd Allah,
yg jiwanya penuh p'hayatan t'hadap islam
yg sentiasa haus dgn ilmu
yg sentiasa dahaga akan pahala
yg solatnya adalah maruah dirinya
yg tidak pernah takut utk b'kata benar
yg tidak pernah gentar utk melwn nafsu
yg sentiasa b'sama kump.org2 yg b'juang dijln Allah

lelaki idaman saya adalah lelaki yg m'jaga tuturkatanya
yg tidak b'megah dgn harta dunia yg dicarinya
yg sentiasa b'buat kebajikan krn sifatnya yg penyayang
yg m'punyai ramai kwn& tidak m'punyai musuh yg b'sifat jembalang

lelaki idaman saya adalah lelaki yg m'hormati ibunya
yg sentiasa b'bakti kpd ke2 org tua&keluarga
yg bakal m'jaga kerukunan rumahtangga
yg akan m'didik isteri&anak2 m'dalami islam
yg m'amal'n hidup penuh kesederhanaan
krn dunia bgnya adalah rumah sementara menuju akhirat

lelaki idaman saya sentiasa b'sedia utk m'jadi imam
yg hidup dibwh naungan al-quran& m'contohi sifat rasulullah
yg blh diajak b'bincang & b'bicara
yg m'jaga matanya dr b'belanja
yg sujudnya penuh kesyukuran dgn rahmat Allah keatasnya

lelaki idaman saya tidak pernah m'bazirkan masa
matanya kepenatan krn penat m'baca
suaranya lesu krn penat mengaji & b'zikir
tidurnya lena dgn cahaya keimanan
bgnnya subuh dgn penuh kecergasan
krn sehari lagi usianya b'tambah penuh kematangan

lelaki idaman saya sentiasa m'ingati mati
yg bgnya hidup di dunia adalah ladang akhirat
yg mana buah kehidupan itu perlu dibaja & dijaga
agar b'putik tunas yg bakal m'jadi baka yg baik
meneruskan p'juangan islam seblm hari kemudian

lelaki idaman saya adalah lelaki
yg tidak t'pesona dgn buaian dunia
krn dia m'impikan syurga
disitulah rumah idamanya
&dia ingin m'bawa saya b'sama
dialah lelaki idaman saya

petikan dr majalah al-islam

17 July 2011

ANTARA IBUBAPA DAN KEKASIH HATI



Di dalam keadaan diri yang masih bersendirian, tiba-tiba muncul seseorang yang mengisi kekosongan hati anda. Kebetulan beliau seorang penyayang, seorang yang memahami, seorang yang romantik. Terasa dirinya berpotensi menjadi pasangan hidup yang sesuai. Malangnya apabila diperkenalkan kepada ibu bapa, mereka tidak bersetuju.

Di dalam keadaan ini, seseorang itu mempunyai 2 pilihan.

Pertama, meneruskan perkahwinan dan mengenepikan kedua orang tua kemudian menetap jauh-jauh selepas berkahwin. Kedua, ketepikan si dia dan utamakan kedua orang tua, kemudian meratap sedih. Sudah tentu, pilihan kedua adalah lebih arif, namun terdapat kaedah yang boleh digunakan agar seseorang itu memperolehi kedua-duanya tanpa sebarang dilema.

Di dalam surah Luqman ayat 14, Allah s.w.t telah berfirman, “Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya), dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibubapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan).”

Telah jelas, hampir di dalam semua keadaan ibu bapa perlu diutamakan berbanding segala-gala di dalam alam ini, kecuali beberapa hal yang dilarang. Firman Allah di dalam surah Al-Ankabut ayat 8, “Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; dan jika mereka berdua mendesakmu supaya engkau mempersekutukan Aku (dalam ibadatmu) dengan sesuatu yang engkau tidak mempunyai pengetahuan mengenainya, maka janganlah engkau taat kepada mereka.”

Di dalam sebuah hadith lain riwayat sahabat Abu Darda’ r.a. Telah datang seorang lelaki kepadanya dan berkata, “Aku memiliki seorang isteri dan ibuku menyuruh aku menceraikannya.” Kata Abu Darda’, aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda, “orang tua-tua adalah pertengahan pintu-pintu syurga. Jika kamu mahu, kamu boleh sia-siakan atau kamu boleh menjaga ia.”[2] Ibu bapa diibaratkan seperti pintu-pintu di tengah syurga. Adakah bijak sekiranya seseorang itu mengabaikan satu kebaikkan yang besar kerana seorang kekasih hati?

Justeru, adalah menjadi satu langkah bijak sekiranya seseorang itu dapat mengenalpasti ciri-ciri menantu idaman daripada ibu bapa mereka terlebih dahulu. Bagaimana perwatakan, bagaimana rupa paras dan tingkah laku. Perkara ini subjektif, masing-masing ibu bapa mempunyai “piawaian” yang berbeza. Setelah itu, barulah dimulakan pencarian si dia dengan berdasarkan petunjuk Al-Quran, hadith-hadith Rasulullah dan doa-doa serta solat-solat yang berkaitan dengan hajat anda.. InsyaAllah, tidak akan ada dilema menanti di hadapan anda.

KATA HATIKU : PERKONGSIAN DARI SATU NOTA DI FACEBOOK....

16 July 2011

VIDEO GAME vs TRADISIONAL GAME

Masa aku layari internet, terjumpalah satu pic ini... tersenyum sendirian tatkala aku melihat pic ini..



Ianya tentang permainan tradisional... Ada permainan batu seremban@batu selambut, galah panjang, kaki gajah, teng-teng, congkak, baling guli, gasing, tari buluh, lompat tali@getah, baling selipar, konda kondi, dan macam2 lagi la... semua permainan 2 aku dah pernah main.. 
Agak-agaknya la kan, budak2 zaman skang kenal lg ke tak dengan permainan macam ni?? aku rasa kalau budak2 kampung, mungkin mereka tahu lg tentang permainan tradisi ni, tapi budak2 bandar pulak macam mana?? mereka kenal lagi ke dengan permainan tradisi ni?? sayang betul jika permainan tradisi ni dilupakan macam tu saja.
Yang aku tahu, budak2 skang lebih suka dengan permainan yang lebih moden, dan lebih kepada penggunaan komputer.. seperti online game dan PSP. Mereka sanggup menghabiskan duit untuk main game di pusat2 komputer, dan membuang masa semata-mata untuk menang dengan bersaing sesama sendiri.. bermacam2 jenis permainan komputer yang menjadi kegilaan mereka, seperti game perang la, lumba kereta la, dan ada juga game untuk tembak hantu... hmm.. hantu pun budak2 ni tahu nak tembak..
Bagi aku, permainan tradisi adalah permainan yang terbaik, sebab ianya dapat mencerdaskan fizikal dan jasmani, selain dapat membentuk kerjasama antara ahli dan dapat mengeratkan silaturahim antara rakan-rakan. Contohnya macam permainan baling selipar, perlu berlari untuk menyelamatkan diri, dan bersatu dengan ahli kumpulan untuk membentuk kembali binaan selipar yg runtuh setelah kena baling untuk mengelakkan dari kumpulan itu kalah. Teng-teng pula perlukan kemahiran lompat dan kreativiti untuk menang dan menguasai permainan..
 permainan video pulak hanya tertumpu pada mental dan tidak pada jasmani. permainan video ini juga jarang2 kita dapat lihat, dapat mewujudkan kerjasama antara ahli kumpulan dan menyemarakan semangat setia kawan.. hanya duduk, dan mengadap komputer, tak ada pergerakan fizikal sangat.. sebab tu ramai budak2 skang cepat dapat penyakit, obesiti pun ada, walaupun umur muda... hmm...



Aku pun layan juga video game, tapi taklah seseronok main permainan tradisi.. Aku betul2 rindukan zaman dulu2.. andai dapat ku undurkan masa, ingin ku kembali ke zaman kanak-kanak dahulu... hehe

KATA HATIKU : buatlah pilihan sendiri, yang mana anda rasa terbaik untuk anda.. :-)



15 July 2011

BUDU vs ULAM




Siapa kenal dengan makanan ni?? haha.... Inilah makanan kegemaran orang kelantan... BUDU.. Untuk makan budu, tak sah kalau tak ada ULAM-ULAM, seperti pucuk pegaga, kacang botol, ulam raja, pucuk tere(daun buah gajus), daun selom dan macam-macam lagilah ulam-ulam yang tak dapat aku nak nyatakan, sebab terlalu banyak.. Dalam budu pulak ditambah dengan durian, atau tempoyak, lada untuk pedas dan perahan air limau nipis.. Perrghh... memang sedap... Ada juga sesetengah orang suka tambah ikan rebus dalam budu tersebut, macam aku..
Tapi kalau nak diikutkan, memang ada banyak cara untuk makan budu ni, semuanya atas selera masing-masing. Ada yang suka campur dengan bawang besar yang dipotong kecil-kecil, ada yang campur dengan parutan mangga masam dan ada yang campur dengan kelapa parut..
Budu ini dibuat daripada pati ikan bilis yang diperap untuk satu jangka masa yang lama, aku pun tak pasti tempoh yang diambil berapa lama, tapi yang pasti memang mengambil masa hingga berminggu-minggu lamanya, sebab itulah budu mengeluarkan bau yang kurang enak, akan tetapi ianya tetap menjadi makanan kegemaran orang kelantan, dan pada sesiapa saja yang tahu cara untuk menikmatinya.
Melalui pengalaman aku la, ramai kawan2 aku yang first time cube makan BUDU akan teragak-agak untuk makan.. Tapi setelah cube...... Dalam nasi goreng pun dia orang letak... hahaha.... Kalau dulu sebotol, tapi sekarang dah jadi 2 ke 3 botol....
ITULAH PENANGAN BUDU......


KATA HATIKU : kalau ada sape2 yang nak cube bolehlah cube... cube skali, pasti nak lg... hehe :-p



JIKA BELUM SIAP..... CINTAILAH DALAM DIAM...



Apabila belum siap melangkah lebih jauh dengan seseorang, cukuplah cintai dia dalam diam..
kerana diammu adalah salah satu bukti cintamu padanya...
kau ingin memuliakan dia, dengan tidak mengajaknya menjalin hubungan yang terlarang,
kau tak mahu merosak kesucian dan penjagaan hatinya..
kerana diammu...
itu dapat memuliakan kesucian diri dan hatimu..
menghindarkan dirimu dari hal- hal yang akan merosak izzah dan iffahmu..
kerana diammu...
itu dapat menunjukkan bukti kesetiaanmu padanya..
kerana mungkin saja orang yang kau cinta adalah juga orang yang telah ALLAH SWT.pilihkan untukmu...
ingatkah kalian tentang kisah Fatimah dan Ali?
yang keduanya saling memendam apa yang mereka rasakan...
tapi pada akhirnya mereka dipertemukan dalam ikatan suci nan indah
sahabat...
kerana dalam diammu tersimpan kekuatan..
kekuatan harapan...hingga mungkin saja Allah akan membuat harapan itu menjadi nyata hingga cintamu yang diam itu dapat berbicara dalam kehidupan nyata...
bukankah Allah tak akan pernah memutuskan harapan hamba yang berharap padanya?
dan jika memang 'cinta dalam diammu' itu tak memiliki kesempatan untuk berbicara di dunia nyata,
biarkan ia tetap diam...
kerana...
jika dia memang bukan milikmu, dengan izin Allah , melalui waktu akan menghapus 'cinta dalam diammu' itu dengan memberi rasa yang lebih indah dan orang yang tepat untukmu...
biarkan 'cinta dalam diammu' itu menjadi memori tersendiri dan sudut hatimu menjadi rahsia antara kau dengan Sang Pemilik hatimu...
kerana yakinlah...

Allah akan memberikan ganti yang lebih baik lagi atau mewujudkan mimpimu di kemudian hari..
bersabarlah dalam diammu...

KATA HATIKU : jodoh pertemuan, ajal maut adalah ditangan tuhan.. kita boleh merancang, tapi ALLAH yang tentukan..



12 July 2011

CIKGU SULIZI - SAING(KAWAN)...


lagu yang cukup menyentuh hati aku.... lagu yang mengembalikan nostalgia zaman kanak-kanak aku dengan seseorang.. hehe... Dimanakah si dia sekarang... kawanku....
Aku percaya, setiap orang ada kisah hidup masing-masing, tak kiralah ianya sesuatu yang sudah lama berlalu, atau baru saja terjadi. Tetapi percayalah, setiap yang terjadi ada hikmahnya tersendiri, dan ianya telah mengajar sesuatu didalam hidup kita, dan kita sahaja yang akan memahaminya....
harap terhibur dengan lagu ini, nyanyian seorang cikgu yang berasal dari kelantan, juga menggunakan loghat kelantan...

KATA HATIKU : kalau ada yang tak faham, buat-buat faham je la... hehe... PEACE.. \/


HURMMM.......

Wah... Dah lama aku tak menulis, tidak berkesempatan kerana banyak kerja yang perlu aku selesaikan,
Alhamdullillah.... aku dah tamatkan semester 3, dan  mula memasuki semester baru.
Result dah keluar, dan alhamdullillah juga, pointer aku naik...
walaupun tak lebih dari 3.5, tapi aku bersyukur, dan mudah mudahan aku dapat habiskan pengajian aku yang berbaki 1 tahun lebih lagi.. AMIN....
Pejam celik, pejam celik, dah hampir 2 thun aku belajar, TAPI, kalau nak diikutkan, dah bertahun-tahun aku belajar, iaitu sejak dari kecil sehinggalah sekarang, dan begitu cepat masa berlalu, sehingga aku tidak sedar ape yang telah aku lalui... begitu banyak pengajaran dan pengalaman yang aku dah pelajari, semuanya adalah untuk mematangkan kehidupan aku, agar aku dapat menilai dan membuat pilihan, yang mana baik dan yang mana buruk...
Kepada teman-teman seperjuangan, teruskan usaha kita untuk meraih kejayaan... Namun hendaklah seimbang diantara dunia dan akhirat.. Ingatlah kata-kata ini...

" JADILAH SEORANG YANG CEMERLANG, NESCAYA KEJAYAAN AKAN MENGHAMPIRI"

KATA HATIKU : Kena berusaha lagi untuk semesta yang akan datang..
 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...