MY FRIENDS......

31 August 2011

MERDEKA

Genap sudah 54 tahun kemerdekaan Tanah Melayu




NEGARAKU
TANAH TUMPAHNYA DARAHKU
RAKYAT HIDUP
BERSATU DAN MAJU
RAHMAT BAHGIA
TUHAN KURNIAKAN
RAJA KITA SELAMAT BERTAKHTA
RAHMAT BAHGIA
TUHAN KURNIAKAN
RAJA KITA SELAMT BERTAKHTA


KATA HATIKU : Bangga menjadi rakyat Malaysia...


30 August 2011

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI


............ASSALAMUALAIKUM..........


Di kesempatan ini, saya pemilik blog ini dan keluarga, ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN.... Semoga lebaran pada tahun ini membawa sejuta makna pada semua. Pada mereka yang kehilangan orang tersayang kerana kembalinya mereka ke rahmatullah, jangan ditangisi pada yang tiada, tapi doakanlah kesejahteraan mereka disana..
Sesungguhnya kita sebagai manusia tidak terlepas dari melakukan kekhilafan, jika ada salah dan silap hendaklah saling maaf dan memaafi...

Inilah suasana pada hari pertama raya kami sekeluarga....

abahku, mat asif juhar dan umiku, anisah ibrahim


Bersama anak-anak jiran tetangga


Makan-makan dirumah nenek sebelah umi.. ringkas, tetapi tetap riuh rendah bila semua dah berkumpul.

Dengan dua sepupu perempuan, NADIA dan AMIRAH

Adik dan sepupu 

seperti tahun-tahun sebelumnya, raya tahun ini juga tetap meriah.. Semoga ALLAH memberi aku kesempatan untuk menyambut RAMADHAN dan SYAWAL pada tahun-tahun yang berikutnya..

KATA HATIKU : sakit kepala sebab banyak singgah raya dan makan banyak... huhu


28 August 2011

SEHARI SEBELUM RAYA

.....SEHARI SEBELUM RAYA.....




Pada malam raya aku sempat siapkan 2 jenis kuih, iaitu biskut cornflecks madu dan kuih siput... Tapi gmbar kuih siput tak sempat aku nak ambil..huhu



 dah lama aku tak buat biskut cornfleck ni, tapi tahun ni kena buat sebab abah aku teringin sangat nak makan biskut cornfleck madu, entah ape mimpi dia nak makan biskut ni.. 
senang je nak buat biskut cornfleck madu ni, cairkan majerin, kemudian tuang dalam bekas, campurkan dengan madu dan sedikit biji bijan, masukkan cornflecks dan gaulkan sampai rata... 
Last sekali letak dalam bekas cawan macam kat atas, kemudian bakar dalam oven, jaga-jaga jangan sampai hangus, kalau tak rugi je......
Aku tak pandai la nak huraikan dengan lebih detail macam seorang chef, sebab aku bukannya chef ye??... hehe... Apa pun, aku nak ucapkan SELAMAT MEMBUAT BISKUT kepada sape2 yang masih bertenaga menyiapkan biskut raya untuk hari raya keesokan harinya ye?? 

KATA HATIKU : tak sempat nak buat biskut almond london.... huhu



21 August 2011

CERITA TENTANG PENGUIN


Aku dapat cerita ini dari sebuah buku yang aku baca, nak kongsikan dengan korang tentang penguin, yang mungkin ada orang tak tahu pun cerita tentang penguin..

Pengorbanan penguin jantan menjaga telur sungguh luar biasa dan menakjubkan.. setelah penguin betina bertelur, ia akan menyerah tugas mengeram pd si jantan, tanpa sebarang kerenah, si jantan td mengeram telur itu. sang jantan terus berdiri sepjg waktu mengeram telur ketika cuaca sejuk serendah 40 drjah celcius d bwh paras beku. sepjg 4 bln itu, penguin jantan tak prnah pun m'niggalkan telurnya walaupn ia k'laparan.
 jika telur itu ditingglkan ia akn m'beku dan anak yg belum menetas itu akn mati dlm tmpoh bbrpa mnit shj. penguin jantan terus sabar m'nahan lapar dan b'korban m'nunggu telurnya menetas sehingga separuh berat bdannya turun. s'pjg 4 bln itu, penguin2 jantan itu akn b'kumpul b'sama sambil m'bwa telur d kaki masing2. penguin jantan akan b'asak2, m'hmpiri antra 1 sm len bg m'mnaskan bdan mreka. akhir musim sejuk, telur yg d'eram akn m'netas. anak penguin m'buka mata dan melihat dunia.
tp si anak ttap b'ada d atas kaki si ayah. makanan pertama si anak adalah susu dri tembolok si ayah. biarpn tak makan selama 4 bln, si ayah tetap b'korban m'beri mkn anaknya dari temboloknya.
setelah sang betina dtg, penguin jantan yg k'laparan kmbali k laut m'buru sotong dan ikan. setelah kekenyangan si penguin jantan blik semula m'nemani si betina m'beri mkn kpd anak mereka b'sma2.
sifat penguin jantan yg sabar, penyayang dan romantis m'nyebabkan haiwan ini jrng b'tukar psgan. stiap masa si penguin jantan dan betina sibuk merayu antara 1 sma lain, m'rengek2 spt psgan yg mabuk b'cinta. sang jantan setia pd si betina b'puluh thun s'hgga ada antra mereka yg m'nemui ajal.
sifat penguin yg amat setia, b'tanggungjwb n pnyayang t'hdp kluarga tak pernah b'ubah sejak b'juta2 tahun laamanya, sehinggalah skrang... (semua ini adalah petikan dri mastika bln 4....)

Bayangkan la... binatang yg tak pnya akal fkiran, tp ada skap yg mulia, sdangkan mnusia? dikurniakn akal fikran untuk m'milih antra yg baik dgn buruk, tp sfat rasa b'tggungjwb dan k'setiaan d'tolak ke tepi, yg d'utamakan hnyalah nafsu yg b'sifat smentara.. tnpa m'mikirkan dosa dan pahala, semuanya dinikmati. Akhirnya, budak yang berdosa dibuang tanpa rasa kasihan.... ( INI M'NUNJUKKAN KITA SEMAKIN KEJAM..)




KATA HATIKU : suke sangat2 dengan budak.. geram..

18 August 2011

HAPPY BIRTHDAY K-18 UNTUK ADIKKU


Selamat hari jadi kakak ucapkan pada AM.. Semoga dimurahkan rezeki dan sentiasa dalam keberkatan.. Jadilah seorang lelaki yang bertanggungjawab dan soleh kepada umi dan abah.. Seorang adik dan abang yang penyayang dan kawan yang setia serta memahami.. Semoga bahagia dunia dan akhirat..

KATA HATIKU : tak lama lagi giliran aku pulak... hehe



16 August 2011

KOREA = K-POP : U-KISS

Aku suka sangat dengar lagu ni.. Lebih-lebih lagi lirik dia yang simple, dan menyentuh hati.. Video klip dia juga best dan ada makna tersendiri, diakhir klip barulah aku faham jalan cerita yang sebenar.. Lagu baru dari kumpulan U-KISS.. kumpulan ni terdiri daripada 7 orang anak muda, dan yang termuda sekali bernama Dong-ho, berumur 17 tahun, watak utama video klip ini.. Harap peminat K-POP terhibur ye??



KATA HATIKU : bestnya ada kawan yang prihatin dengan kita kan??


11 August 2011

MAKAN2... YUMM..YUMM...

 Mcm mn dengan pose  korang? b'jln dgn lancar k?? puasa biar cukup ye, jgn nak ponteng2. pompuan takpe, dia ada sebab untung ponteng, tapi yang pompuan lak jangan nak sengaja ponteng tanpa sebab ye....hahaha....
ok la, kali ni aku nak kongsikan makanan yang terkenal di Kelantan, dan makanan yang susah untuk didapati ..

inilah makanan tradisi kelantan.. NASI KERABU.. sedap dan berbau wangi, mungkin kerana campuran ulam-ulam.. Umi aku cakap, nasi kerabu dulu-dulu, menggunakan 100 jenis ulam-ulaman, tapi sekarang susah nak dapat sampai 100 jenis ulam, mungkin keadaan faktor sekeliling yang dah berubah..

Ini pula nama NASI DAGANG... makan dengan kuah gulai ikan atau gulai ayam, bersama dengan acar timun dan sambal lada... hmm... sedapp....
Yang ini juga makanan tradisi kelantan, bernama LAKSAM... juga ada ulam-ulaman seperti timun, kacang panjang, daun serai kayu dan daun kesom yang dipotong halus, dimakan dengan kuah lemak ikan, dan sambal untuk rasa pedas.. Kuahnya dibuat dari ikan campur santan.. memang sedap..



yang ni pula dipanggil NASI TUPANG.. skng dah susah nak dapat nasi ni, orang tua2 je pandai masak, klau ada orang muda pandai masak, aku respek la.. pasar tani yang biasa aku pergi untuk dptkan nasi ni pun dah tak ada org yg m'jualnya.. sedap sgt2 nasi ni, first time aku try masa umur aku 18, umi yang beli, dia cakap susah dah nak jumpa org jual nasi ni.. mcm mn dorang buat nasi ni aku tak pasti. Kat dlmnya ada kuah udang dan sambal kelapa, kuahnya pedas sikit.. Kalau aku ada peluang tgk org buat nasi ni, aku akan kongsikan dengan korang nnt ye??


ok, yang ini pulak dinamakan KETUPAT SOTONG.. feveret aku juga ni, dalam sotong tu disumbatkan dengan pulut, boleh makan mcam tu terus.. Paling sedap kalau kuahnya pekat dan warna coklat, Time puasa, kat bazar2 ramadhan di kelantan, mesti ada jual ketupat sotong ni.. harga ketupat sotong ni biasanya ditentukan ikut saiz sotong.. kalau besar, mahal la, klau kecil, murah.. hehe.. Cuba la try nnt ye??


entry yang akan datang aku akan kenalkan kuih muih yang terkenal yang ada kat bazar2 ramadhan di kelantan. Kalau sudi menunggu, tunggu la ye??


KATA HATIKU : dah hampir 11 hari puasa, aku masih belum berkesempatan lagi ke kedai keluarga aku sendiri di bazar ramadhan.. huhu


09 August 2011

MAKANAN YANG ORANG ANGGAP KUNO, TAPI BERKHASIAT...



melalui pembacaan aku dari beberapa laman web, budu atau sos bilis yang berasal dari negeri sebelah pantai timur Malaysia, terutama KELANTAN dan TERENGGANU ini mendapat perhatian dan menjadi kajian para ahli pemakanan berkhasiat Jepun, Amerika Syarikat, Australia, New Zealand dan Jerman.
Penemuan baru-baru ini membuktikan kandungan budu memiliki gluthaione sebagai bahan antioksidan, mengeluarkan sisa toxic dan meningkatkan daya tahan tubuh (immune) yang dapat memerangi pelbagai penyakit merbahaya dan menghalang kanser.

HA...... tengok, sape cakap budu ni makanan x b'khasiat?? sebenarnya orang mcm ni x pernah rasa pun budu tu macam mana.... Ada lagi...

Budu didapati berpotensi untuk melawan radikal bebas dan dipercayai mampu menghalang proses penuaan dan mencegah terjadinya penyakit degeneratif seperti aterosklerosis, koroner jantung, penyakit kencing manis, kanser dan selainnya pada peringkat lebih awal.Dengan pengambilan budu sebagai makanan sampingan, ia mampu menggalakkan pertumbuhan berat badan bagi golongan yang menderita penyakit diarrhoea kronik ini serta menyembuhkannya dalam waktu singkat.
Kajian mendalam juga mendapati budu turut mengandungi zat antibakteria penyebab [[diarrhoea|cirit (diarrhoea)], penurunan kolestrol darah, pencegah penyakit jantung dan hipertensi. Ia juga dapat mempertingkatkan IQ kepada sesiapa yang memakannya. kerana ia merangsangkan sel-sel otak dan akan memperkukuhkan ikatan di antara neuron-neuron serta menguatkan neuron-neuron yang lemah.
Penelitian yang dilakukan di Universiti North Carolina, Amerika Syarikat menemukan bahawa unsur genestein dan phytoestrogen yang terdapat pada budu terbukti dapat mencegah penyakit kanser, proses penuaan dan barah payu dara.
Satu ujikaji rambang yang dijalankan, mendapati pengambilan budu sebanyak 150 gm sehari selama 2 minggu dapat menurunkan kadar kolestrol ke tahap luar dari jangkaan.
Selain dari sumber protein yang berkualiti tinggi, budu turut dikenali sebagai sumber serat (dietary fiber) yang baik. Kandungan serat di dalam budu mampu mencapai di antara 8 hingga 10% bagi setiap 100 gm. Ia menyumbangkan kepada 30% dari umlah serat yang dianjurkan oleh National Cancer Research.
Kajian mendalam juga mendapati budu turut mengandungi zat antibakteria penyebab diare, penurunan kolestrol darah, pencegah penyakit jantung dan hipertensi . Budu memiliki zat gizi yang lebih mudah dicerna,diserap dan dimanfaatkan oleh tubuh berbanding jenis protein yang lain.
Berbanding serat di dalam ikan-ikan atau sumber protein lain, serat pada budu lebih mudah untuk dicernakan. Daripada kajian ini, jelas sekali bahawa khasiat serta kebaikan sepiring budu yang dimakan bersama hidangan nasi pagi, tengahari dan malam melampau jangkauan yang korang fikirkan.


HAHAHA...  aku tak tau la ni cite terbaru atau aku yang dah ketinggalan zaman, ada produk terbaru yang dia orang campurkan dengan BUDU atau PATI IKAN BILIS, dalam bahan kosmetik pun dah ada campuran BUDU... Hmm... x gatal k??
Tapi tak mustahil kan?? sebab teknologi sekarang dah makin canggih, macam2 benda orang bleh guna semata-mata untuk cantik.. Tak kisah lah, yang penting budu ni sedap..


TAK CAYA?? CUBALAH.... HEHE

RAIHAN DAN MAMBAI....

Lagu yang paling aku suka bila time2 puasa macam ni.. 
shahdu je rasa... korang pun layan la lagu ni ye... :-)





KATA HATIKU: lagu2 dulu sentiasa menusuk ke dalam hati.. tak macam lagu2 sekarang..


08 August 2011

WANITA DAN DUNIA WARNA




UNGU
Wanita yang suka warna ungu adalah:
Seorang murah hati,
Merdeka hatinya dan tidak mahu diperintah.
Penuh inisiatif,
Pandai tetapi tidak emosi,
Dingin dan kehendaknya meluap-luap,
Jarang berjaya.

HITAM
Wanita yang suka warna hitam adalah:
Seorang yang suka bermurung,
Prihatin,
Kuat menghadapi petaka apa sahaja,
Tidak mudah terpengaruh,
Setia pada suami,

Hatinya baik dan cepat tersinggung.

BIRU MUDA
Wanita yang suka warna biru muda adalah:
Seorang yang suka merendahkan diri,
Suka mengalah,
Suka berkorban peranan,
Cerdas,
Pandai dan berotak berlian.

KELABU
Wanita yang suka warna kelabu adalah:
Seorang yang suka sekali mengelamun,
Romantis,
Sabar,
Tenang tetapi hatinya suka mengembara,
Suka mengada-ngada dan gossip.

MERAH
Wanita yang suka warna merah adalah:
Seorang yang berwatak berani,
Emosional dan tegas,
Tamak serta serakah,
Tahan melarat dan suka hidup bersenang-senang.

BIRU
wanita yang suka warna biru adalah:
seorang yang setia paa suami,
senang pegang wang,
Kuat kemahuan,
Berterus terang dan jujur,
Cepat memberi maaf dan tegas.

KUNING
Wanita yang suka warna kuning adalah:
Seorang yang amat menyukai ilmu,
Gemar membaca,
Tekun dan cerdas,
Tabah menghadapi cabaran.

PUTIH
Wanita yang suka warna putih adalah:
Seorang yang mempunyai perangai yang suci bersih, Fikirannya tidak banyak prasangka,
Berkata benar, jujur dan rendah hati,
Ramah dan bersopan-santun,
Kuat menerima ilmu,
Damai dan berubah alam fikirannya,
Suka menolong dan hidup dalam bertawakal.

COKLAT
Wanita yang suka warna coklat adalah:
Seorang yang mempunyai sifat keibuan,
Suka merendah diri,
Sopan dan halus budi,
Hatinya sentiasa was-was kerana takut salah.

HIJAU
Wanita yang suka warna hijau adalah:
Seorang yang subur dan damai,
Cintakan kebahagian,
Tidak suka perang,
Patuh pada agama,


KATA HATIKU : Teringat kat kawan yang taksub dengan colour, sorang colour kuning, sorang lagi colour hijau.. 


SIFAT DIRI MENGIKUT TARIKH LAHIR... ANDA??

 nak kongsi2kan dengan korang, apa yang aku dah baca... 

1. Tarikh Lahir pada 1, 9 & 24
Pada umumnya pasangan ini bersifat pendiam & konservatif. Namun dengan orang-orang tertentu dia cepat mesra. Tapi pasangan yang lahir tarikh ini mudah terperasan. Kerana sifatnya itu menyebabkan ramai orang yang tidak menyukainya. Namun begitu dia tetap dikagumi kerana bersikap serius terutamanya yang berhubung dengan orang ramai. Dalam hal percintaan, dia sanggup berhabis semata-mata untuk memenuhi segala keinginan pasangannya. Tapi hati-hati kadangkala dia lebih mementingkan persahabatan daripada percintaan dan lebih rela memutuskan cintanya demi sebuah persahabatan yang telah terjalin lama.

2. Tarikh Lahir pada 2, 11 & 30
Orangnya perasa dan mudah tersinggung. Sifatnya yang suka menyendiri membuatkan dia lebih
suka tinggal di rumah. Ramai orang suka bergaul denganya kerana perwatakannya yang lembut
& ramah. Dia paling benci jika cintanya ditolak atau dikhianati olih orang yang benar-benar
 dicintainya. Namun begitu dia selalu bersikap sabar dan tidak terburu-buru dalam bertindak.
 Sayangnya untuk urusan masa depan dia bersikap pesimis sering mengalah sebelum mencuba.
Oleh itu mesti ada yang mendorongnya agar tidak terus terjebak dengan sikap pesimisnya.

3. Tarikh Lahir pada 3, 18 & 29
Sabar serta pandai menguasai diri adalah ciri yang khas bagi pasangan yang lahir pada
tarikh ini. Tapi jangan cuba mempermain-mainkannya, dia akan mengamuk dengan hebat. Dia
tergolong pasangan yang bijaksana dan bertanggungjawab. Sifat jujur & ramah adalah modal
utamanya dalam bergaul. Tapi dalam soal cinta dia merupakan pasangan yang susah untuk di
mengertikan.

4. Tarikh Lahir pada 4, & 13
Pasangan yang lahir pada tarikh ini adalah seorang yang pandai, suka bergaul dan mudah berubah pendapat. Dia seringkali tidak yakin dengan diri sendiri.Dalam soal cinta, dia tergolong pasangan yang mata keranjang dan suka bertukar-tukar partner. Sifat ini membuatkan orang tidak suka apa lagi untuk bersimpati dengannya. Dia sering bersifat dingin kepada orang lain kerana menganggap orang lain merupakan faktor penyebab timbulnya masalah. Tapi dia memiliki sifat kelakar, mudah ketawa dan kadangkala bersikap keanak-anakkan.

5. Tarikh Lahir pada 5 & 17
Yang lahir pada tarikh ini adalah seorang yang optimis, bercita-cita tinggi dan punya kecederungan untuk berprestasi. Namun begitu dia adalah seorang yang berwatak keras dan apa yang diinginkan selalunya dipenuhi.Memandangkan sesuatu selalunya dari segi yang menguntungkan.Tapi sayangnya dia suka menganggap remeh pada orang lain.Dalam soal cinta, berhati-hatilah kerana dia suka bertukar-tukar pasangan.

6. Tarikh Lahir pada 6, 14 & 27
Dia adalah seorang pasangan yang tidak mahu kalah dan pantang menyerah. Kejujuran dan keadilan merupakan sifat yang membuatkan dia disegani.Dalam soal cinta dia ingin memberi yang terbaik kepada orang yang dicintainya.Namun begitu harga dirinya terlalu tinggi sehingga dia tidak pernah mengerti mengapa seseorang itu menolak kebaikannya.

7. Tarikh Lahir pada 7, 28 & 31
Dia adalah seorang yang bersifat terbuka berterus terang & jujur.Namun dia mudah sekali terpengaruh dan ingin mencapai sesuatu itu dengan cara mudah. Cinta baginya sering diertikan sebagai pengisi masa lapang. Semasa bercinta dia sangat berhati-hati dan suka sekali merayu dan kalau pasangannya curang dia dengan mudah meninggalkannya.

8. Tarikh Lahir pada 8 & 23
Dia bersifat peramah dan mudah perasa. Kepada teman-teman dia bersifat lembut & bijaksana. Namun begitu dia tersisih dari teman-teman kerana rasa rendah diri yang terlalu menebal. Dia memerlukan suasana yang seimbang baik sewaktu berfikir mahupun dalam kehidupan seharian.Kelemahan yang paling menonjol ialah gugup dan selalu dihantui perasaan khuatir tetapi dia adalah seorang yang penjimat. Dalam urusan cinta, dia seorang yang tabah dan rela berkorban.

9. Tarikh Lahir pada 10, 16 & 21
Suka bekerja keras,memiliki nafsu yang tinggi dalam usaha mencapai cita-citanya.Dalam pergaulan sehari-hari dia merupakan orang yang mudah tersinggung.Namun begitu dia seorang yang jujur & tabah dalam menghadapi persoalan.Soal cinta dia sangat setia dan sebab itulah dia mudah disenangi. Tapi dia seorang yang terlalu cemburu. Kalau baik dia sangat baik dan kalau jahat dia merupakan orang yang paling jahat.

10. Tarikh Lahir pada 12 & 19
Orang yang lahir pada tarikh ini memiliki sifat suka dipuji.Dia berharap setiap orang akan menganggapnya sebagai juara. Pada dasarnya dia suka berdandan dan berpakaian rapi.Kerana itu dia sering membelanjakan wangnya untuk menunjukan penampilannya.Dalam Kehidupan sehari-hari dia adalah pasangan yang disegani kerana bakat kepimpinannya.Sifatnya yang bijaksana membuatkan dia disegani dalam pergaulan.Dalam urusan cinta, dia adalah pasangan yang sangat susah untuk dipercayai.

11. Tarikh Lahir pada 15, 20 & 26
Jangan mengharapkan sifat romantis dari pasangan yang lahir pada tarikh ini.Dia tergolong
dalam orang yang kurang serius, bersikap bodoh dalam menghadapi sesuatu. Namun begitu dia
selalu bersikap penuh pengertian bila menghadapi sesuatu masalah. Dia sangat benci pada
perkara-perkara yang berbau keributan terutama yang menimbulkan huru-hara. Dalam hal
percintaan dia menuntut untuk lebih diberi perhatian tapi dia jarang mengambil berat pada
pasangannya. Namun begitu sikapnya disenangi oleh kawan-kawan.


12. Tarikh Lahir pada 22 & 25
Wataknya paling susah untuk dimengertikan. Kadangkala dia disukai kerana kebaikannya dan kadangkala dia dibenci kerana perbuatannya.Namun buat teman-teman dia merupakan orang penuh pengertian. Dalam pelbagai situasi dia lebih suka merendahkan diri jarang sekali mahu menonjolkan kelebihannya pada orang lain. Pasangan jenis ini terkenal sebagai perayu dan sebab itulah dia diberi jolokan seniman asmara.

KATA HATIKU :  Ada yang sama, ada yang tak.. mungkin kebetulan je kot?? hurmm....

04 August 2011

BERITA HARI INI... EKSKLUSIF


Oleh Anwar Hussin
anwarhussin@bharian.com.my
2011/08/04

Kajian USM dapati sub-etnik penduduk paling asal di Semenanjung

KOTA BHARU: Sekumpulan penyelidik Universiti Sains Malaysia (USM) yang melakukan kajian berhubung asal usul bangsa Melayu melalui kaedah genetik menunjukkan Melayu Kelantan kemungkinan besar orang Melayu paling asal menetap di Semenanjung sejak lebih 60,000 tahun.
Kumpulan penyelidik diketuai Timbalan Dekan (Penyelidikan dan Pengajian Siswazah), Pusat Pengajian Sains Kesihatan USM, Prof Madya Dr Zafarina Zainuddin yang mendapat geran RM1.4 juta daripada Kementerian Pengajian Tinggi, melakukan kajian terhadap 10 sub-etnik Melayu di Semenanjung Malaysia bagi mengetahui asal usul Melayu.
Sub-etnik berkenaan adalah Melayu Jawa di Johor dan Selangor, Melayu Aceh (Perak), Melayu Minang (Negeri Sembilan), Melayu Banjar (Selangor dan Johor), Melayu Bugis (Selangor dan Johor), Melayu Rawa (Perak), Melayu Champa (Perak, Kedah dan Kelantan), Patani (Kelantan), Melayu Kelantan dan Kedah Langkasuka.

ini plak keratan akhbar yg lepas...


Tak kiralah kajian tentang apa pun yang berkaitan dengan orang melayu di semenanjung ni yang dah dibuat atau akan dibuat... Bagi aku pula,  yang penting sebenarnya adalah bagaimana nak kekalkan adat dan budaya masyarakat melayu itu sendiri, seperti adab sopan, agama, budaya hidup bermasyrakat yang saling tolong menolong dan juga segala jenis adat tradisi ini daripada terus hilang dari dalam diri anak muda pada masa sekarang...

KATA HATIKU : NAK KONGSI PENGETAHUAN TENTANG NEGERIKU JE.. HUHU

02 August 2011

KIAMAT

1) Penaklukan Baitulmuqaddis.
Daripada Auf b. Malik r.a., katanya, "Rasulullah s. a. w. telah bersabda:"Aku menghitung enam perkara menjelang hari kiamat."Baginda menyebutkan salah satu di antaranya, iaitu pen...aklukan Baitulmuqaddis." - Sahih Bukhari

2) Zina bermaharajalela.
"Dan tinggallah manusia-manusia yang buruk, yang seenaknya melakukan persetubuhan seperti himar (keldai). Maka pada zaman mereka inilah kiamat akan datang." - Sahih Muslim

3) Bermaharajalela alat muzik.
"Pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh, rusuhan dan perubahan muka."Ada yang bertanya kepada Rasulullah; "Wahai Rasulullah bila hal ini terjadi?" Baginda menjawab; "Apabila telah bermaharajalela bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi-penyanyi wanita" - Ibnu Majah

4) Menghias masjid dan membanggakannya.
"Di antara tanda-tanda telah dekatnya kiamat ialah manusia bermegah-megahan dalam mendirikan masjid" - Riwayat Nasai.

5) Munculnya kekejian, memutuskan kerabat dan hubungan dengan tetangga tidak baik.
"Tidak akan datang kiamat sehingga banyak perbuatan dan perkataan keji, memutuskan hubungan silaturahim dan sikap yang buruk dalam tetangga." - Riwayat Ahmad dan Hakim

6) Ramai orang soleh meninggal dunia.
"Tidak akan datang hari kiamat sehingga Allah mengambil orang-orang yang baik dan ahli agama dimuka bumi, maka tiada yang tinggal padanya kecuali orang-orang yang hina dan buruk yang tidak mengetahui yang makruf dan tidak mengingkari kemungkaran - Riwayat Ahmad

7) Orang hina mendapat kedudukan terhormat.
"Di antara tanda-tanda semakin dekatnya kiamat ialah dunia akan dikuasai oleh Luka' bin Luka'(orang yang bodoh dan hina). Maka orang yang paling baik ketika itu ialah orang yang beriman yang diapit oleh dua orang mulia" - Riwayat Thabrani

8) Mengucapkan salam kepada orang yang dikenalnya sahaja.
"Sesungguhnya diantara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah manusia tidak mahu mengucapkan salam kepada orang lain kecuali yang dikenalnya saja." - Riwayat Ahmad

9) Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang.
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a. "Di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah akan muncul pakaian-pakaian wanita dan apabila mereka memakainya keadaannya seperti telanjang."

10) Bulan sabit kelihatan besar.
"Di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah menggelembung (membesarnya) bulan sabit." - Riwayat Thabrani

11) Banyak dusta dan tidak tepat dalam menyampaikan berita.
"Pada akhir zaman akan muncul pembohong-pembohong besar yang datang kepadamu dengan membawa berita-berita yang belum pernah kamu dengar dan belum pernah didengar oleh bapa-bapa kamu sebelumnya, kerana itu jauhkanlah dirimu dari mereka agar mereka tidak menyesatkanmu dan memfitnahmu" - Sahih Muslim

12) Banyak saksi palsu dan menyimpan kesaksian yang benar.
"Sesungguhnya sebelum datangnya hari kiamat akan banyak kesaksian palsu dan disembunyikan kesaksian yang benar" - Riwayat Ahmad

13) Negara Arab menjadi padang rumput dan sungai.
"Tidak akan datang hari kiamat sehingga negeri Arab kembali menjadi padang rumput dan sungai-sungai." - Sahih Muslim

Hadis-hadis ini adalah merupakan pengkhabaran sebahagian daripada tanda-tanda kiamat yang sudah dan sedang berlaku dalam dunia masyarakat kita.Sama-samalah kita mengambil iktibar dan pedoman daripada hadis-hadis yang telah diriwayatkan daripada Junjungan Mulia Muhammad Salallahu Alaihi Wasallam.Sesungguhnya Baginda tidaklah bertutur mengikut hawa tetapi semua ini adalah wahyu daripada Allah taala.-editor.

www.iLuvislam.com
are91thief
Editor : almusafirq8

01 August 2011

AHLAN WA SAHLAN YA RAMADHAN


SYUKUR ALHAMDULILLAH... KERANA ALLAH S.W.T MASIH MEMANJANGKAN UMURKU UNTUK BERTEMU DENGAN BULAN RAMADHAN PADA TAHUN INI, DAN MASIH BERPELUANG MENYAMBUTNYA DENGAN AHLI KELUARGAKU... HARGAILAH KEDATANGANNYA DENGAN HATI YANG TERBUKA ...
 SEMOGA RAMADHAN KALI INI BUKAN MENJADI RAMADHAN TERAKHIRKU.. 
AMIN...


" WAHAI ORANG-ORANG YANG BERIMAN, DIWAJIBKAN KEATAS KAMU SEKALIAN PUASA, SEBAGAIMANA DIWAJIBKAN KEATAS ORANG-ORANG SEBELUM KAMU, AGAR KAMU SEKALIAN BERTAKWA...
AL-BAQARAH :  AYAT  183

KATA HATIKU : SELAMAT BERPUASA... PUASA, JANGAN TAK PUASA YE...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...