MY FRIENDS......

23 July 2016

KEMBALI MENULIS


Assalamualaikum semua.. setelah hampir 4 tahun menyepi, kini aku akan kembali menulis. Kali ini aku akan ditemani orang baru dalam hidup.
peace yoo... ( ' _ ' )

06 October 2012

DOA BUAT "SI DIA"


Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Ya Allah …..
Seandainya telah Engkau catatkan…dia milikku,
Tercipta buatku…
Satukanlah hatinya dengan hatiku …
Agar kemesraan itu abadi …

Ya Allah …..
Ya Tuhanku yang Maha mengasihani …
Seiringkanlah kami melayari hidup ini …
Ketepian yang sejahtera dan abadi …
Maka jodohkanlah kami …

Tetapi ya Allah …..
Seandainya Engkau takdirkan
Dia bukan miliku …
Bawalah dia jauh dari pandanganku …
Dan peliharalah aku dari kekecewaan …

Ya Allah ……
Ya Tuhanku yang Maha mengerti …
Berikanlah aku kekuatan …
Menolak bayangnya jauh ke dada langit …
Hilang bersama senja merah …
Ku sentiasa tenang …
Walaupun tanpa bersamanya …

Ya Allah yang tercinta …..
Pasrahkanlah aku dengan takdir-Mu
Sesungguhnya apa yang Engkau takdirkan …
Adalah terbaik untukku …
Sesungguhnya Engkau Maha mengetahui …
Segala yang terbaik buat hamba-Mu ini …

Ya Allah …..
Cukuplah Engkau sahaja yang menjadi pemelihara aku …
Didunia dan di akhirat …
Dengarlah rintihan hamba-Mu yang daif ini …
Janganlah Engkau biarkan aku sendirian …
Didunia mahupun di akhirat …
Menjuruskan aku ke arah kemaksiatan dan kemungkaran …

Ya Allah …..
Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman …
Agar aku dan dia sama-sama dapat membina kesejahteraan hidup
Ke jalan yang Engkau redhai …
Dan
Kurniakanlah padaku keturunan yang soleh dan solehah …

Ya Allah …..
Berikanlah kami kebahagian di dunia dan di akhirat …
Dan peliharalah kami dari azab api neraka …

Amin … amin … ya rabbal alamin…..


KATA HATIKU : Harap si membacanya juga... SIAPA??.. hanya ALLAH saja yang tahu.. ( ' ' , )

25 February 2012

NIKAH GANTUNG.. ???

Ini yang aku maksudkan sebenarnya.. Buku "AKU TERIMA NIKAHNYA.." penulis ialah HASRIZAL ABDUL JAMIL.. atau korang bleh lawat laman penulis ini iaitu http://saifulislam.com/ . Ni bukan novel cinta ye, tapi buku tentang cinta yang berlandaskan islam, takut ada salah faham plak. hehe.. Dalam buku ni, aku tertarik dengan tajuk NIKAH KHITBAH  atau dalam masyarakat kita panggil NIKAH GANTUNG.. Pada pendapat aku, nikah gantung ni ada baiknya, yela... dari korang dapat dosa free sebab couple tanpa hala tuju
(dalam islam, bercouple itu haram ), tanpa ikatan pape, baik ikut cara ni, pahala pun dapat... Dekat bawah ni aku sertakan sedikit penerangan tentang nikah khitbah, semoga kita semua sama-sama mendapat manfaat dari ilmu yang sebegini... wallahualam... 


Nikah Khitbah satu Alternatif untuk mengelak berlakunya pembuangan bayi...Islam itu mudah dan tidak menyekat fitrah manusia...


Kelebihan Nikah Gantung ini ialah mereka adalah pasangan suami isteri yang sah mengikut hukum agama dan undang - undang negara . Andai dalam tempoh itu mereka bertemu , keluar makan , dating , study bersama bahkan kalau mereka terlanjur sekalipun mengadakan hubungan seks , maka apa yang mereka lakukan itu tidak salah atau tidak haram .

Andai berlaku kehamilan , maka pasangan itu tidak perlu panik terutama pihak gadis yang hamil kerana ia menghamilkan anaknya yang sah nasab [ keturunan ] Bahkan nanti mereka tidak perlu malu dan menjauhkan diri dari keluarga kerana keluarga pula akan menyambut kedatangan bayi itu dengan bangga dan bermaruah .

Antara kaedah mempermudahkan proses perkahwinan ini ialah Nikah Khitbah atau dalam bahasa mudah disebut oleh masyarakat kita sebagai Nikah Gantung . Nikah Khitbah adalah sama seperti nikah biasa mengikut hukum dan perundangan Islam yang mempunyai 5 rukunnya iaitu :

Suami
Isteri
Wali
Saksi
Aqad [ Ijab Qabul ]

cuma bezanya ialah pasangan pengantin [ suami isteri ] tidak tinggal serumah dalam tempoh - tempoh tertentu kerana beberapa keadaan seperti [sekadar menyebut beberapa contoh] :

Masih menuntut di kolej atau uniersiti
Tidak mempunyai kemampuan menyewa rumah
Belum bersedia menanggung komitmen kehidupan berumahtangga

Nikah khitbah dapat disimpulkan bahawa : bebanan nafkah itu tidak diwajibkan ke atas suami sekiranya kehidupan biasa suami isteri belum berlaku . Bagaimanapun sekiranya suami isteri tersebut keluar bersama , maka tiada halangan dari segi hukum syara' kerana mereka adalah suami isteri yang sah.

Demikian juga andai berlaku kehamilan maka bayi itu sah dan mereka boleh menjalani kehidupan berkeluarga seperti biasa yang sah. Tidak perlulah mereka melarikan diri , buang bayi dan menggugurkan bayi atau membunuhnya.

Walaupun nikah gantung ini kelihatan seperti baru dalam negara kita bagi sesetengah pihak , tetapi ia lebih baik dari kita membiarkan anak - anak gadis dan teruna kita berpeleseran , bergaul bebas lalu akhirnya mereka terjebak dalam kancah seks bebas dan penzinaan yang memalukan . Bukan sahaja maruah keluarga dan agama tercalar , murka Allah swt itulah yang paling ditakuti .




KATA HATIKU : Mungkin aku ni belum sampai seru lagi..hihi...


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...