MY FRIENDS......

06 February 2011

BERKUMPUL BERSAMA

Hari cuti sememangnya hari yang paling di sukai oleh aku, sb masa ni je kami sekeluarga dapt b'kumpul... bile da b'kumpul, macam2 cerita yang dpt kami semua kongsi.. malamnya kami solat maghrib b'jemaah, lepas tu wat tahlil untuk arwah tok.. kemudian solat isyak b'jemaah.. selepas solat isyak, barulah kami semua menjamu selera..
makan2 ni sebnarnya kami buat bersempena untuk sambut birthday 5 org ahli keluarga yg tarikh lahirnya dalam bulan 1..
inilah kek harijadi yang disediakan, untuk sambut harijadi nadia, amirah, hanif, muaz dan juga umi. sepatutnya bukan nama aku kat atas kek 2, tp nama umi, iaitu anisah. tp ayah su tersilap bgtahu nama aku pada org yang menulis nama tersebut.. hehe.. ape pn kami tetap gembira menjamu selera..

inilah ahli keluarga aku yang ada malm tu, keluarga aku, keluarga ayah mat, ayah ngah dan ayah su..

semua makan dengan penuh berselera, hidangan cucur udang, sate dan ayam pangang, buah tembikai, buah limau, dan keropok menjadi pilihan..


 ayah su sedang membantu anaknya memotong kek... muaz pulak asyik menangis bila tengok abi nya memotong kek.. wafi kat sebelah pun x sabar nak potong kek.

Walaupun hidangan makan malam yang disediakan ringkas, makan didapur yang sempit,bukan di hotel mewah, tanpa meja dan kerusi, dan hanya beralas surat khabar dan tikar, kami semua tetap merasa gembira.. kerana disinilah kami semua berkongsi segala-galanya. makanan ringkas terasa mewah, tempat sempit terasa luas.. Kerana IKATAN KEKELUARGAAN ini lah lebih penting, dan membuatkan kami hidup lebih gembira..

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...