MY FRIENDS......

07 February 2011

RAHSIA AIS DAN AIR SEJUK....

Aku nak kongsikan tentang rahsia ais dan air sejuk, yang aku ambil melalui surat khabar HARIAN METRO. Ada banyak rahsia yang dinyatakan yang mungkin kita tidak tahu, tapi aku nak kongsikan beberapa rahsia yang menarik bagi aku.


1. Air sejuk yang hening dapat menolong pesakit insomnia (sukar tidur) agar dapat kembali tidur seperti biasa.
2. Liputan ais di Antartika ( daerah kutub selatan ) dan Artik ( daerah kutub utara ) adalah pengimbang dasar bumi yang amat panas.
3. Kombinasi dalam bumi yang panas dan luaran bumi yang sejuk adalah rahsia keseimbangan tekanan semulajadi alam yang mengawal graviti dan pergerakan bumi pada paksinya.
4. Ais atau air sejuk dapat mengembalikan memori atau sifat pelupa yang keterlaluan.
5. Air sejuk adalah terapi yang amat popular sebagai penguat tulang yang patah dengan syarat ia dibalut dengan kain berwarna hitam.
6. Makruh mengambil air sembahyang (wuduk) pada suhu yang tinggi atau yang terkena panas cahaya matahari yang pasti akan mengganggu sistem deria pada kulit.
7. Air sejuk pada psikologinya amat ditakuti pesakit yang mengalami gangguan jin, atau dikuasai unsur spiritual yang jahat.
8. Air sejuk mempunyai nada bunyi dalam tekanan rendah yang amat lembut lagi mengharmonikan, contohnya air terjun.
9. Air sejuk akan meningkatkan sistem imun yang luar biasa sebagai tenaga pencegahan pelbagai penyakit alahan dan jangkitan.
10. Air sejuk dalam rahsia ais memegang rahsia kepadatan molekul kristal yang paling keras iaitu intan.
11. Air sejuk mempunyai daya rangsangan yang boleh mengembalikan semangat yang sudah hilang bagi mereka yang pengsan, gila dan koma untuk kembali sedar.
12. Air sejuk lebih stabil molekul atomnya.
13. Air sejuk lebih peka kepada gelombang frekuensi rendah yang dirakamkan melalui niat dalam amalan wuduk.
14. Air sejuk sesuai dijadikan penawar kepada orang yang ingin merakamkan bunyi dalaman yang disertai dengan rasa kasih sayang dan keikhlasan.
15. Oksigen dan Hidrogen bersifat panas dan ia menguasai bahagian perut, menjadi suatu kesalahan memulakan amalan pemakanan di waktu pagi dengan unsur yang panas. Minumlah seteguk air sejuk pada awal pagi kerana ia akan menguatkan perut.

....SELAMAT MEMBACA DAN MENCUBA....
( ' ' , ) 

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...