MY FRIENDS......

07 February 2011

SEDARAH DAN SEDAGING....


Inilah adik-adik aku yang sangat aku sayang.. kak ngah, abe am, maman, dan yang bongsu, kami panggil adik.. Yang kecil 2 plak wafi, sepupu aku.. kami sedarah sedaging, tapi berbeza minat, pendapat, dan perangai pun memang lain-lain.
Kak ngah seorang yang bijak tapi cepat merasa down bile ada orang yang lebih bijak dari dia, lembut tapi garang, tak banyak kawan, tapi bila dah berkawan jadi kawan baik.. Abe am pulak suka masak, dan lebih rajin memasak dari aku, susah nak terasa dengan kata2 orang, tapi kalu dah terasa, susah nak pujuk, sangat peramah dengan sesiapa saja, dan ramai kawan.. Maman pendiam sikit, tak kacau orang, susah nak marah tapi kalau dia marah, aku sendiri terdiam, mudah terima nasihat, susah nak tergelak, hanya senyum je, tapi kalau dah gelak, perkara yang buat dia gelak tu dia akan ingat... Adik pula jenis sensitif, mudah merajuk, mudah marah, susah nak berkira dengan orang, tapi akan berkira dengan orang yang berkira dengan dia, kelakar dan diantara kami berlima, adik lah paling banyak masalah kesihatan sejak dari kecil, sehingga lah umur dia sekarang 13 tahun, umi abah masih berjaga-jaga tentang kesihatan dia..
Walau apa pun perbezaan antara kami, kami saling sayang menyayang antara satu sama lain, sebab abah dah pesan, "walau apa pun yang terjadi, kami semua kena tetap bersama, kerana kami adalah SEDARAH DAN SEDAGING... Dan suka duka kena kongsi bersama.."
Masa kecil-kecil dulu selalu bergaduh, event sekarang pun tetap ada gaduh-gaduh, tetapi berbeza sedikit dengan zaman kecil dan sekarang. Kalau dulu, terasa serabut bila bising, dan kadang-kadang pernah terfikir, "kan baik kalau tak ada adik??".
Tapi bila masing-masing dah belajar jauh, dan jumpa pun cuma time cuti, apa yang digaduhkan itulah aku akan ingat, dan membuatkan kami akan merindui antara satu sama lain. Hubungan kami memang rapat, banyak berkongsi cerita, sebab ABAH AJAR KAMI BERKONGSI segala-galanya.. 
Sekarang susah nak jumpa adik beradik yang dapat kongsi segala-galanya, lebih-lebih lagi adik beradik antara laki dan perempuan. Kawan kak ngah sendiri pernah cerita yang dia tak ngam dengan kakak sendiri, dia cemburu melihat KEAKRABAN aku dan kak ngah, yang mudah berkongsi cerita..
Kami memang rapat, termasuklah rapat dengan umi dan abah, dan sehingga ke hari ini, kami tetap makan bila abah yang suapkan.. Kami sama-sama gemar masakan umi, dan sayang umi abah, kerana kami adalah.....
SEDARAH DAN SEDAGING.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...