MY FRIENDS......

04 August 2011

BERITA HARI INI... EKSKLUSIF


Oleh Anwar Hussin
anwarhussin@bharian.com.my
2011/08/04

Kajian USM dapati sub-etnik penduduk paling asal di Semenanjung

KOTA BHARU: Sekumpulan penyelidik Universiti Sains Malaysia (USM) yang melakukan kajian berhubung asal usul bangsa Melayu melalui kaedah genetik menunjukkan Melayu Kelantan kemungkinan besar orang Melayu paling asal menetap di Semenanjung sejak lebih 60,000 tahun.
Kumpulan penyelidik diketuai Timbalan Dekan (Penyelidikan dan Pengajian Siswazah), Pusat Pengajian Sains Kesihatan USM, Prof Madya Dr Zafarina Zainuddin yang mendapat geran RM1.4 juta daripada Kementerian Pengajian Tinggi, melakukan kajian terhadap 10 sub-etnik Melayu di Semenanjung Malaysia bagi mengetahui asal usul Melayu.
Sub-etnik berkenaan adalah Melayu Jawa di Johor dan Selangor, Melayu Aceh (Perak), Melayu Minang (Negeri Sembilan), Melayu Banjar (Selangor dan Johor), Melayu Bugis (Selangor dan Johor), Melayu Rawa (Perak), Melayu Champa (Perak, Kedah dan Kelantan), Patani (Kelantan), Melayu Kelantan dan Kedah Langkasuka.

ini plak keratan akhbar yg lepas...


Tak kiralah kajian tentang apa pun yang berkaitan dengan orang melayu di semenanjung ni yang dah dibuat atau akan dibuat... Bagi aku pula,  yang penting sebenarnya adalah bagaimana nak kekalkan adat dan budaya masyarakat melayu itu sendiri, seperti adab sopan, agama, budaya hidup bermasyrakat yang saling tolong menolong dan juga segala jenis adat tradisi ini daripada terus hilang dari dalam diri anak muda pada masa sekarang...

KATA HATIKU : NAK KONGSI PENGETAHUAN TENTANG NEGERIKU JE.. HUHU

2 comments:

zoul said...

ermmm suruh diorang wat kajian sekali tntang 'mlayu mudah lupa' dan 'takkan melayu hilang di dunia'...:D

- LIANA ASIF - said...

pandangkedepan : emm... btul juga 2, supaya orang2 melayu ni lebih bertamadun, dan berada didunia yang nyata.. :-)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...