Assalamualaikum
Aku baru je follow blog kancil 8349 ni, dan pemiliknya menjemput aku untuk menyertai segmen beliau, iaitu segmen tentang pengalaman semasa perkhemahan unit beruniform, ini adalah segmen ke 2 aku join selepas segmen dari blog hasrulhassan

sape-sape nak baca pengalaman orang lain, bleh la klik blog kancil 8349
Sebenarnya aku ada banyak pengalaman tentang perkhemahan dan aktiviti lasak, sebab aku dah mula aktif sejak berumur 12 tahun lagi, iaitu darjah 6 dan sehinggalah ke hari ini, walaupun umur aku dah 23 aku masih lagi aktif dalam aktiviti sebegini.. Banyak pengalaman suka dan duka yang dah aku rasai.

semasa darjah 6, aku mengikuti perkhemahan PBSM, inilah perkhemahan pertama yang aku sertai, tapi perkhemahan ini hanya dibuat dikawasan sekolah, maklumlah budak kecik, tak boleh bawa jauh2. Banyak aktiviti yang dilakukankan, dan kumpulan aku juga johan pertandingan memasak, naib johan pertandingan malam kebudayaan.. hehehe
Tapi ape yang aku tak dapat lupakan ialah bagaimana cikgu azman dan cikgu laili mengenakan aku dan kawan2, malam tu aktiviti kami tamat pukul 12 tengah malam, dan kami mengambil keputusan untuk mandi juga walaupun dah lewat malam, sebab badan melekit dan berpeluh.. dipendekkan cerita, semasa dalam bilik air, lampu tiba2 terpadam, berterabur kami semua keluar dari bilik air tu, walaupun kami ramai, tapi semuanya penakut, semua barang2 mandi kami tinggalkan je, yang ada dalam bilik air dah terjerit-jerit, aku tak peduli sebab dah buka langkah seribu..hahaha.. nasib baik tak buka baju lagi, kalau tak maunya aku keluar berkemban dengan tuala, aku rela...huhu
Di luar tandas cikgu laili tegur kami sebab bising, dia tnya kami kenapa menjerit? kami bagitahu yang lampu bilik air terpadam, cikgu pandang kami semacam..

CIKGU : Kenapa pergi tandas tu lewat2 malam macam ni?
AKU : Kenapa cikgu??
CIKGU : Tadi cikgu terjumpa kepala, tak sempat nak bagitahu kamu semua.
KAMI : Apa....??!!!
Sekali lagi kami berterabur lari balik khemah... Cikgu laili memanggil kami, tapi kami buat tak dengar, yang penting saat 2 nak masuk khemah dan zip kemas2, lantaklah busuk sebab tak mandi, janji selamat..
Tak lama lepas tu, cikgu Laili dengan cikgu azman datang khemah kami, sambil membawa 2 3 orang pelajar yang 'tertinggal' dalam bilik air tadi.. Dorang tengah menangis..
CIKGU : cikgu belum habis cakap lagi korang dah lari... Hish..budak2 ni...
KAWAN AKU : macam mana kami tak lari, dah cikgu cakap cikgu jumpa kepala, kami takut sebab 2 kami lari..
CIKGU : Kepala yang cikgu maksudkan tu, "KEPALA PAIP", saja nak gurau dengan kamu semua, takkan tak boleh...
Kami semua mengeluh, macam2 perasaan ada waktu 2, nak marah, geram, nak tergelak pun ada, dan pada malam itu juga, cikgu azman dan cikgu laili terpasa pujuk budak2 yang menangis tu. Insiden lampu terpadam pulak kerja cikgu Azman, sengaja nak menyakat kita orang, tau ke kita ni budak? kalau orang tua, tak pasal2 makan sumpah seranah..huhu.
Walaupun cikgu laili dan cikgu azman cuma bergurau, aku dan rakan2 lain tetap tak jadi pergi dah tandas 2 untuk sambung mandi, kita orang jadi takut. Budak2 lain pun jadi takut nak pergi tandas, takut terkena lagi dengan cikgu kami yang suka menyakat.. Sejak 2 perkataan 'jumpa kepala' dah jadi bahan gurauan kat sekolah 2, untuk menyakat sesama sendiri..

Itulah pengalaman pertama aku semasa mengikuti perkhemahan.. Banyak lagi pengalaman2 dan aktiviti yang dah aku lalui, seperti tinggal dalam hutan sorang2 pada lewat malam, 'jungle tracking', river cross, masuk dalam sawah yang dah dibajak sampai terselam kaki paras lutut dan nak keluar pun payah, selam dalam taliair, masuk sungai busuk.. huhu....
Aktiviti macam ni sebenarnya memerlukan keberanian dan kesabaran, seronok sebab macam2 perkara dapat kita pelajari dan rasai sendiri pengalaman pahit mahupun manis, selain itu dapat mengajar kita lebih bertanggunjawab dan berdikari juga dapat menambah ramai kenalan..

..KATA HATIKU : tak lama lagi akan sertai aktiviti berakit di Dabong.. Tak sabar rasanya.. :-)
8 comments:
hahaha...kesian korang kena tipu oleh guru sendiri...namun ia satu pengalaman yang menarik...apapun terima kasih kerana sudi menyertai segmen kancil dan Kancil sudah pun buat senarai pasukan mengikut unit beruniform masing - masing...jomlah terjah ke blog mereka...
http://kancil8349.blogspot.com/2011/10/senarai-pasukan-perkhemahan-dengan.html
dabong?...best nye!!!!...siyes best!!,..nk ikot bole?..=P
http://qasehsaifudin.blogspot.com/2011/09/segmen-kancil-8349-pengalaman-semasa.html
hihihii...pandai begurau cikgu tu yer....seronok kan....salam balas dari segmen yang sama....:D
hihihihi...lucu cikgu tu..=]salam kenal....
hahahaha kesian.. sepa suruh nak mandi tengah2 malam, kan da kena sakat ngn cikgu.. hihihi
salam kenal dr segmen yg sama..:)
kancil 8349 : hehe.. itulah pengalaman pertama sy dlm perkhemahan... sama2 kancil.. insya'ALLAH sy terjah blog mereka.. :-)
ratu qaseh : nak ikut? kena mai kelantan la dulu.. hehe... :-)
Fauziahahmad : trima kasih sudi berkunjung di blog saya... :-)
Post a Comment