MY FRIENDS......

09 August 2011

MAKANAN YANG ORANG ANGGAP KUNO, TAPI BERKHASIAT...



melalui pembacaan aku dari beberapa laman web, budu atau sos bilis yang berasal dari negeri sebelah pantai timur Malaysia, terutama KELANTAN dan TERENGGANU ini mendapat perhatian dan menjadi kajian para ahli pemakanan berkhasiat Jepun, Amerika Syarikat, Australia, New Zealand dan Jerman.
Penemuan baru-baru ini membuktikan kandungan budu memiliki gluthaione sebagai bahan antioksidan, mengeluarkan sisa toxic dan meningkatkan daya tahan tubuh (immune) yang dapat memerangi pelbagai penyakit merbahaya dan menghalang kanser.

HA...... tengok, sape cakap budu ni makanan x b'khasiat?? sebenarnya orang mcm ni x pernah rasa pun budu tu macam mana.... Ada lagi...

Budu didapati berpotensi untuk melawan radikal bebas dan dipercayai mampu menghalang proses penuaan dan mencegah terjadinya penyakit degeneratif seperti aterosklerosis, koroner jantung, penyakit kencing manis, kanser dan selainnya pada peringkat lebih awal.Dengan pengambilan budu sebagai makanan sampingan, ia mampu menggalakkan pertumbuhan berat badan bagi golongan yang menderita penyakit diarrhoea kronik ini serta menyembuhkannya dalam waktu singkat.
Kajian mendalam juga mendapati budu turut mengandungi zat antibakteria penyebab [[diarrhoea|cirit (diarrhoea)], penurunan kolestrol darah, pencegah penyakit jantung dan hipertensi. Ia juga dapat mempertingkatkan IQ kepada sesiapa yang memakannya. kerana ia merangsangkan sel-sel otak dan akan memperkukuhkan ikatan di antara neuron-neuron serta menguatkan neuron-neuron yang lemah.
Penelitian yang dilakukan di Universiti North Carolina, Amerika Syarikat menemukan bahawa unsur genestein dan phytoestrogen yang terdapat pada budu terbukti dapat mencegah penyakit kanser, proses penuaan dan barah payu dara.
Satu ujikaji rambang yang dijalankan, mendapati pengambilan budu sebanyak 150 gm sehari selama 2 minggu dapat menurunkan kadar kolestrol ke tahap luar dari jangkaan.
Selain dari sumber protein yang berkualiti tinggi, budu turut dikenali sebagai sumber serat (dietary fiber) yang baik. Kandungan serat di dalam budu mampu mencapai di antara 8 hingga 10% bagi setiap 100 gm. Ia menyumbangkan kepada 30% dari umlah serat yang dianjurkan oleh National Cancer Research.
Kajian mendalam juga mendapati budu turut mengandungi zat antibakteria penyebab diare, penurunan kolestrol darah, pencegah penyakit jantung dan hipertensi . Budu memiliki zat gizi yang lebih mudah dicerna,diserap dan dimanfaatkan oleh tubuh berbanding jenis protein yang lain.
Berbanding serat di dalam ikan-ikan atau sumber protein lain, serat pada budu lebih mudah untuk dicernakan. Daripada kajian ini, jelas sekali bahawa khasiat serta kebaikan sepiring budu yang dimakan bersama hidangan nasi pagi, tengahari dan malam melampau jangkauan yang korang fikirkan.


HAHAHA...  aku tak tau la ni cite terbaru atau aku yang dah ketinggalan zaman, ada produk terbaru yang dia orang campurkan dengan BUDU atau PATI IKAN BILIS, dalam bahan kosmetik pun dah ada campuran BUDU... Hmm... x gatal k??
Tapi tak mustahil kan?? sebab teknologi sekarang dah makin canggih, macam2 benda orang bleh guna semata-mata untuk cantik.. Tak kisah lah, yang penting budu ni sedap..


TAK CAYA?? CUBALAH.... HEHE

2 comments:

ZWAN SABRI said...

Budu? Alamak! Zwan x penah makan and rasa macam takut nak makan.. HEHE

MySuaraBlog: Bergosip Di Bulan Ramadhan

- LIANA ASIF - said...

ZWAN SABRI : takut?? hehe.. xde pape la, budu ni satu kategori dengan cencaluk.. :-)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...