ALLAH telah menciptakan manusia itu sebaik-baik kejadian, dan kita sebagai hambanya, hendaklah taat pada perintahnya.. Bertuahnya dilahirkan sebagai seorang wanita islam, kerana islam begitu menjaga darjat seorang wanita.. Jadilah wanita seperti kuntuman mawar berduri, indah dipandang tetapi sukar didekati, jadilah wanita seperti mutiara dilautan, semakin sukar ianya ditemui semakin bernilai harganya..
1. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali.
2. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 lelaki
soleh.
3. Seorang wanita yang jahat adalah lebih buruk daripada 1,000
lelaki yang jahat.
4. 2 rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih baik daripada
80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.
5. Wanita yang memberi minum susu kepada anaknya daripada badannya
(susu badan) akan dapat satu pahala daripada tiap-tiap titik susu
yang diberikannya.
6. Wanita yang melayan dengan baik suami yang pulang ke rumah di
dalam keadaan letih akan mendapat pahala jihad.
7. Wanita yang habiskan malamnya dengan tidur yang tidak selesa
kerana menjaga anaknya yang sakit akan mendapat pahala seperti
membebaskan 20 orang hamba.
8. Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suami yang
melihat isterinya dengan kasih sayang akan dipandang Allah dengan
penuh rahmat.
9. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan
Allah dan kemudian menjaga adab rumahtangganya akan masuk syurga 500
tahun lebih awal daripada suaminya, akan menjadi ketua 70,000
maalaikat dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam
syurga, dan menunggu suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat
daripada yakut.
10.Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga
anak yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan
bila dia hiburkan hati anaknya Allah memberi 12 tahun pahala ibadat.
11.Wanita yang memerah susu binatang dengan "bismillah" akan
didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan.
12.Wanita yang menguli tepung gandum dengan bismillah", Allah akan
berkatkan rezekinya.
13.Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala
seperti meyapu lantai di baitullah.
14.Wanita yang menjaga solat, puasa dan taat pada suami, Allah akan
mengizinkannya untuk memasuki syurga dari mana-mana pintu yang dia
suka.
15.Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa pada siang hari.
16.Wanita yang hamil akan dapat pahala beribadat pada malam hari.
17.Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah mengurniakan satu pahala haji.
18.Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin, dia akan dikira sebagai mati syahid.
19.Jika wanita melayan suami tanpa khianat akan mendapat pahala 12 tahun solat.
20.Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh (2 1/2 tahun), maka maalaikat-maalaikat di langit akan khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.
21.Jika wanita memberi susu badannya kepada anaknya yang menangis, Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa.
22.Jika wanita memicit suami tanpa disuruh akan mendapat pahala 7 tola emas dan jika wanita memicit suami bila disuruh akan mendapat pahala tola perak.
23.Wanita yang meniggal dunia dengan keredhaan suaminya akan
memasuki syurga.
24.Jika suami mengajarkan isterinya satu masalah akan mendapat
pahala 80 tahun ibadat.
25.Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah di akhirat,
tetapi Allah akan datang sendiri kepada wanita yang memberati
Aauratnya iaitu memakai purdah di dunia ini dengan istiqamah.
KATA HATIKU : Sebaik-baik perhiasan didunia adalah wanita yang solehah,
8 comments:
minta izin save page ni.Info yg bgs..boleh bg wife baca..hehe
dipersilakan... sama2 berkongsi sesuatu yang baik.. :-)
untunglah jd wanita.............
alhamdulillah kita dijadikan wanita :)
nice entry!!wauuu...hebatnya perempuan..
!!rasa takut plak ngan kaum hawa lpas baca benda nih semua......thank sharing!
soooooour : setiap ciptaan ada kelebihan dan kekurangan..
emy zulaiha : alhamdullillah.... :-)
aiman : Tak perlu takut la, just hormat je.. lg pun mak aiman kan perempuan jg... :-)
Post a Comment