MY FRIENDS......

09 September 2011

KOREA = DRAMA BARU DI KBS

Ini antara sebahagian Drama Korea terbaru yang aku tonton, dan aku ingin kongsikan dengan korang, belum habis ditayangkan, dan kalau ade sape2 nak tonton, bleh tonton di channel ASTRO KBS, tak pun beli DVD je. Tapi kena ingat, jangan beli DVD yang cetak rompak ye??

 SPY MYUNG WOL



Sape dah tonton cite ni??  Bagi peminat filem dan drama korea, jangan lepas peluang untuk menonton cite ni, sebab cite ni best, 16 episode je.. Drama komedi romantik ini dibintangi oleh Eric sebagai Kang Woo, Han Ye Seul sebagai Han Myung Wol, Lee Jin Wook sebagai Choi Ryu, dan Jang Hee Jin sebagai Joo In Ah.
Ape yang akan terjadi bila seorang pengintip yang sentiasa komitmen dengan tugas dan arahan yang diberikan jatuh cinta pada seorang bintang yang menjadi pujaan ramai gadis?? Kalau nak tau lebih lanjut, bolehlah korang tonton drama ni..

OJAKGYO FAMILY

  

Drama  ni pula berkisar tentang kisah kekeluargaan, ada unsur komedi dan percintaan.. Dibintangi oleh Jeong Woong In sebagai Tae Sik(anak sulung), Ryu Su-Young sebagai Tae Bum(anak kedua), Joo Won sebagai Tae Hee(anak ketiga), Yeon Woo-Jin sebagai Tae Pil(anak bongsu) dan Uee sebagai Ja Eun .
Sape2 peminat Uee dari kumpulan After School ni, boleh la tonton drama ni, Uee ni pun penah juga berlakon dalam drama 'He's Beautiful dengan Jang Guen Suk dan Park Shin Hye..

THE PRINCESS MAN


Drama 24 episode ini pula adalah sebuah drama ala-ala Romeo dan Juliet.. Dibintangi oleh Moon Chae Won sebagai puteri Lee Se Ryung, Park Shi Hoo sebagai Kim Seung Yoo, Song Jong Ho sebagai Shin Myun dan Hong Soo Hyun sebagai puteri Kyung Hye. 
Kisah tragic percintaan zaman purba Dinasti Chosun. Se Ryung dan Seung Yoo saling jatuh cinta, tapi mereka dapat tahu bahawa ayah mereka saling bermusuhan kerana kuasa dan sejarah lama, percintaan mereka terhalang dan pelbagai usaha dilakukan untuk memisahkan mereka..
Sape2 yang suke percintaan tragic macam ni, bleh la layan drama ni, tapi jangan sampai menangis pulak, nanti habis tisu kat rumah.. hehe

KATA HATIKU : Tak suke dengan peperangan.. Merugikan semua pihak je..

4 comments:

trigyy said...

dah tak leh tgok tv.. huhu. da nk msuk bljAR

- LIANA ASIF - said...

Beli DVD je.. hehe

Lissa said...

hmm.. sy tak tgk sgt korean nie.. i love american's movie :p

- LIANA ASIF - said...

Ratu Lissa : try la tengok, best gak la layan cite korea jarang2.. hehe

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...