... ASSALAMUALAIKUM ...
Harini dah 1 . 11 . 2011. Unik betul nombor ni ( bagi aku la ), cantik dan nampak kemas..hehe.. Semalam oktober dah melabuhkan tirainya, dan Selamat Datang November...
NOVEMBER?????
Ini bermakna, musim tengkujuh sudah tiba.... Seperti biasalah bila tiba bulan November, setiap tahun kawasan Pantai Timur akan mengalami suasana HUJAN musim tengkujuh.. Hujan yang berterusan.. Bila hujan berlarutan tanpa henti ..maka akan terjadilah banjir..
Minggu ini pun dah 2..3 hari hujan..sekejap renyai ..sekejap lebat.. kain pun dah penuh dalam bilik basuh, nak jemur pun mesti lambat kering... Hmm... keje aku senang je, mana2 baju yang aku nak, aku bawa masuk bilik, sangkut kat katil, tingkap, atau almari, pasang kipas laju2, nanti nak tido aku selimut la tebal2.. hahaha... Esok pagi kompem kering baju2 tu... Time ni juga la, bau bilik... Fuhh.... Tak dapat nak diungkapkan dengan kata2.. Nak je aku angkut bilik tu, letak kat luar time panas, pastu jemur...huhu
ehsan google
Mungkin bilik aku berbau sebab jemur baju2 dalam bilik, Tapi aku bersyukur..... Sebabnya aku masih duduk dalam rumah, tak perlu susah2 kena pindah kalau hujan lebat, sebab rumah aku tak pernah kena naik air. Rumah tak rosak, barang2 dalam rumah pun tak rosak.
Tak macam mangsa2 banjir yang kena duduk kat penempatan sementara, dah la kena bersesak dengan ramai orang, tidur berhimpit, makan minum pun tak menentu, hati tak senang sebab fikirkan keadaan rumah, barang2 rumah rosak, dan pelbagai lagi kerugian.
Kita kena la bersyukur dengan apa yang kita ada dan apa yang kita peroleh, setiap ujian yang berlaku ke atas kita, anggap je itu tanda kasih sayang dari ALLAH SWT untuk kita sentiasa dekat padanya, supaya tidak pernah lupa untuk berterima kasih walau ketika susah ataupun ketika senang..
KATA HATIKU : Nak merasa musim salji la pulak... Boleh ke??
No comments:
Post a Comment