MY FRIENDS......

29 November 2011

MIMPI.....

2 3 Hari lepas aku ada bermimpi... mimpi ni wat aku senyum sorang2 bila aku tau maksud tafsirannya,  tapi dalam masa yang sama, takut pun ada gak bila pikirkan mimpi  macam ni kuar dalam tido aku.. huhu.. Aku cukup takut dengan benda ni, dan mesti korang puun sama kalau korang tau ape bendanya.. Nak tau tak ape yang aku mimpikan..?? tengok pic kat bawah ni...
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v



Takutkan...??
Entah mcam mana aku bleh mimpi menatang ni.. huhu.. nasib baik die tak patuk aku sampai mati dalam mimpi  tuh.. kalau tak..... tak tau la nak cakap macam mana....
Ape yang wat aku senyum ialah.... Tafsiran orang2 tua tentang mimpi ular... Nak tau tak ape yang umi aku cakap tentang mimpi aku ni??

"Ada orang nak masuk meminang kak la tu"


hahaha.... aku gelak je bila dengar kenyataan 2.. ada ke orang yang nak kat aku yang comel (perasan sikit) ni??. Kalau ada pun, orang buta je... huhu
Sebenarnya, ular tu tak sempat patuk aku pun, dalam mimpi tu ada dua ekor ular tedung, sekor duduk jauh sikit, sekor lagi berlingkar betul2 depan aku, tunggu masa nak patuk aku je kalau aku gerak, fuhh.... punya la gabra berhadapan dengan ular tu, aku senyap je, tak gerak langsung sebab takut kena patuk, tajam je mata ular tu tengok aku, betul2 depan muka aku pulak tu..huhu...
Akhirnya aku tersedar sebab dah subuh. buka mata je, tengok umi aku berdiri betul2 depan aku, nak bangunkan aku dari tidur, terkejut gile sebab die pakai telekung sembahyang time tu, dah la lampu bilik umi aku  tak buka.. pagi2 lagi hidup aku dah haru..
Tapi tak mengapa, makna mimpi ular tu telah membuatkan aku tersenyum selebar-lebarnye... hehehe ( poyo je ).. Ape pun, aku nak ingatkan korang, mimpi tetap mimpi, tak ada yang istimewanya tentang mimpi, walaupun diakui kebanyakkan mimpi yang dialami seseorang boleh mempengaruhi hidup orang itu, tapi bagi aku, mimpi tetap mimpi. Mungkin boleh je korang nak percaya mimpi korang tu, cuma janganlah sampai terlalu taksub dengan mimpi yang dialami, sehingga lupa pada keadaan realiti yang sebenarnya.. Yang penting hidup perlu diteruskan dengan penuh keyakinan...

KATA HATIKU : Nasib baik tak jatuh katil.... :-D


21 November 2011

INI PERTANDINGAN SILAT KE??

Masa aku buka FB tadi, ada kawan share video tentang perlawanan akhir pecak silat sukan SEA 26.. Cuba tengok video dibawah ni...


Macam ni ke rupa pertandingan akhir pecak silat?? Dah la bertaraf antarabangsa, banyak negara yang terlibat, tapi dah rupa macam pertandingan kejar mengejar bertaraf kampung pulak. Satu perlawanan yang amat memalukan, lagi memalukan bila si pengecut boleh menang. Adess. Parah,parah... 
Aku tergelak je tengok video ni, geram pun ada, memalukan dunia persilatan yang penuh tradisi ( sape la tok guru die ).. Adik aku yang baru belajar silat pun takkan lari macam ni bila kena berlawan ( jangan jadi macam ni ye dik?? ) Kalau tak malu dengan orang lain, malu la pada diri sendiri.. 
Aku harap sangat perkara ni akan jadi pengajaran kepada semua pihak, agar tidak terlalu mengejar kemenangan dan mengaut keuntungan hingga menjual maruah sendiri.. OK??

KATA HATIKU : Peace no war..... :-)


20 November 2011

15 PINTU SYAITAN



15 pintu syaitan yang ada didalam diri kita 

- pintu marah
- cinta dunia 
- kebodohan(keengganan menghadiri majlis ilmu)
- panjang angan-angan
- rakus
- bakhil
- suka pada pujian
- riak
- ujub (merasa kagum)
- takut dan gelisah
- buruk sangka
- memandang rendah pada orang lain
- merasa suka pada dosa
- merasa aman daripada pembalasan "ALLAH"
- putus asa daripada rahmat "ALLAH"


15 Sanjata Menghalang Syaitan

- Membaca Bismillah (menjadi kunci pada perbuatan baik)
- Banyakkan bezikir
- Banyakan Beristigfar
- Baca "la i' la ha illa anta subha naka inni kuntu minaz zoli min"
- Jangan tidur berseorangan
- Baca doa pagi dan petang
- Bersugi
- Melaksanakan solat jemaah
- Berwudhuk sebelum tidur
- menutup aurat
- Membaca doa masuk tandas.
- Banyak berselawat pada hati
- Bertaubat, beristighfar
- Banyakan baca Al-Quran
- Membaca surh Yassin setiap pagi


Rumah yang Tidak Dimasuki syaitan

- Rumah yang bersih
- Penghuni membaca "Bismillah" ketika memasuki rumah
- Sentiasa berzikir(ahli rumah menegakkan solat)
- Panghuninya jujur dan memenuhi janji
- Penghuninya memakan makanan yang halal (dan cara mendapatkannya halal)
- Penghuninya mengekalkan silaturahim (sentiasa mesra)
- Rumah yang penghuninya berbakti kepada Ibu Bapa.



KATA HATIKU : Istighfar sentiasa.....


16 November 2011

WORDLESS WEDNESDAY... # 9

cuba teka kat ni mana??



KATA HATIKU : Nak mandi hujan la..... :-)

KIM KYU JONG (SS501) - YESTERDAY

Wah.... lagu baru kim kyu jong dari kumpulan SS501.. Best sangat muzik die, lirik pun manarik, seperti merayu-rayu.. huhu.. aku bukannya pandai sangat nak terangkan pasal muzik ni semua, suara la, picing lari ke tak.. Yang aku tau, kalau lagu tu sedap didengar oleh telinga aku ni, aku akan layan je. Jom dengar lagu Kim Kyu Jong dari kumpulan SS501 ni.... 


-YESTERDAY-

I can't believe it
you cruelly pretend not to see me and turn away
A midst the blowing hair
my eyes shake in despair
i try to hide it but it brightly shows like a lie
i am like this because of you
everyday is like hell, day by day
i miss you, i miss you so much
no matter how much i say i dont
its not working ( i can't stand it anymore )
even if my life is ruined

 * today which is sadder than yesterday
inside of me, your place is empty
tear blankly fall even though
i desperately call you, i cant see you
i don't to turn away forever

yesterday ( nanan nana nanan ) 2x

please come back
but in the end you dont come back
our love is only until yesterday
i don't want to turn away forever

yesterday ( nanan nana nanan ) 2x

i miss you, i miss you so much
even though i try to be strong

ulang *

KATA HATIKU : Layan korea kadang2.... :-)

15 November 2011

11.11.2011.... JUMAAT

Aku harap masih belum terlambat untuk  merafak sembah tahniah kepada Sultan dan Yang Dipertuan bagi negeriku sendiri :
Ke Hadapan Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Muhammad V, Sultan dan Yang Dipertuan bagi Negeri Kelantan Darul Naim sempena Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Kelantan Kali ke-42 Tahun 2011 pada 11 November 2011.

Dan pada tarikh ini juga, merupakan tarikh istimewa bagi aku, sebab aku meraikan harijadi aku yang ke- 23 tahun ( da boleh kawin dah... kekeke... gatai...)...
Tarikh yang sangat unik, dan juga hari yang sama dengan hari kelahiran aku, iaitu pada hari jumaat, jam 12.30 tengahhari, 1 Rabiulakhir 1409 hijrah... Sekarang dah 15 Zulhijah 1432 hijrah ye....
Pada waktu malamnya pula bulan mengambang penuh, maklumlah dah 15 zulhijah, pertengahan bulan, maka bulan kelihatan sangat2 cantik..



Dari pembacaan aku pada blog2 lain dan rancangan2 di television mahupun radio, semuanya begitu sibuk dengan tarikh 11.11.11 ini, ada yang buat tak kisah, ada yang kawin, ada yang tambah anak, dan macam2 lagilah yang mereka tafsirkan tentang tarikh 11.11.11 ini. Jangan terkejut kalau ada yang tikam nombor 11.11.11 ni, menang besar... hahaha.. Aku berani cakap sebab ada kisahnya... Ape pun janganlah terlalu taksub sangat, kalau dah nombor, tetap nombor..
Apa pun aku ucapkan terima kasih banyak2 pada semua teman2 yang dah wish birthday aku pada hari jumaat ritu, hargai korang sangat2... Pada ahli keluargaku, kakak sayang semua sangat2....
Terima Kasih Ya ALLAH kerana kau masih beri aku kesemptan untuk bernafas dibumimu ini, dan meneruskan kawajipan aku sebagai seorang hambamu.. Berkati hidupku agar aku sentiasa dijalanmu....
.....AMIN....


KATA HATIKU : Tahun lepas sibuk dgn 10.10.10, tahun ni 11.11.11, tahun depan 12.12.12 pulak k?? hmmm......


03 November 2011

APA YANG ANDA TAK TAHU TENTANG SEORANG AYAH





Mungkin ibu lebih kerap menelefon utk menanyakan keadaan kita setiap hari..Tapi tahukah kita, sebenarnya ayahlah yang mengingatkan ibu untuk menelefon kita?

Semasa kecil, ibu lah yg lebih sering mendukung kita..Tapi tahukah kita bahawa sebaik saja ayah pulang bekerja dengan wajah yang letih ayahlah selalu menanyakan apa yg kita lakukan seharian

Saat kita sakit@demam, ayah sering membentak "sudah diberitahu! jangan minum ais!".Tapi tahukah kamu bahawa ayah sangat risau.??

Ketika kita remaja, kita meminta izin untk keluar malam. Ayah dengan tegas berkata "tidak boleh!"..Sedarkah kita bahawa ayah hanya ingin menjaga kita? Kerana bagi ayah, kita adalah sesuatu yang sangat berharga.

Saat kita sudah di percayai, ayah pun melonggarkan peraturannya. Maka kita telah melanggar kepercayaannya...Maka ayah lah yang setia menunggu kita di ruang tamu dengan rasa sangat risau..

Setelah kita dewasa,ayah telah menghantar kita ke sekolah@kolej untuk belajar..
Di saat kita memerlukan ini-itu, untuk keperluan kuliah kita, ayah hanya mengerutkan dahi.tanpa menolak, beliau memenuhinya..Saat kamu berjaya..Ayah adalah orang pertama yang berdiri dan bertepuk tangan untukmu..Ayah akan tersenyum dengan bangga..

Sampai ketika jodoh kita telah datang dan meminta izin untuk mengambil kita dari ayah..Ayah sangat berhati-hati mengizinkan nya..Dan akhirnya..Saat ayah melihat kita duduk di atas plamin bersama pasangan nya..ayah pun tersenyum bahagia..

Apa kita tahu,bahawa ayah sempat pergi ke belakang dan menangis?

Ayah menangis kerana ayah sangat bahagia..Dan dia pun berdoa "Ya Tuhan, tugasku telah selesai dgn baik..Bahagiakan lah putra putri kecilku yg manis bersama pasangannya"..

Setelah itu ayah hanya akan menunggu kedatangan kita bersama cucu-cucunya yg sesekali dtg untuk menjenguk..Dengan rambut yg memutih dan badan yang tak lagi kuat untuk menjaga kita..



Aku dapat nota ni dari teman di facebook, cuba untuk tag, tapi tak dapat.. Pertama kali baca nota ni, hati aku sebak sangat2, hampir menitis air mata bila teringat abah.. Teringatkan tanggungjawab dia pada aku dan keluarga, kasih sayang abah, perhatian abah dan semua kebaikan abah. Kemarahan abah adalah kasih sayang dia pada kami semua. 
Kalau abah tak ada dalam hidup aku satu hari nanti, mcm mana agaknya hidup aku masa tu nanti. Tak ada lelaki lain yang dapat jadi macam abah aku.. Terima kasih abah...


konvo di PICC tahun 2009

Susah sangat nak bergambar dengan abah, sebab dia tak suka bergambar, abah cakap kalau nak buat kenangan, dalam hati pun boleh. Hmm .. time ni pun kena tarik dan pegang tangan dia, pujuk sikit2 baru dia nak. haha. Inilah abahku kesayanganku...



KATA HATIKU : Sayangilah kedua orang tuamu selagi ada kesempatan..


02 November 2011

WORDLESS WEDNESDAY... # 8


TEMPAT KE-3 PERTANDINGAN KIK


Tahniah kumpulan TMJ 

tengok yang sebelum ini : WORDLESS WEDNESDAY ... # 7

KATA HATIKU : Banyak yg aku belajar dengan kumpulan ni..


01 November 2011

... 1 . 11 . 2011 ... ( BULAN NOVEMBER )



... ASSALAMUALAIKUM ...

Harini dah 1 . 11 . 2011. Unik betul nombor ni ( bagi aku la ), cantik dan nampak kemas..hehe.. Semalam oktober dah melabuhkan tirainya, dan Selamat Datang November...

NOVEMBER?????


Ini bermakna, musim tengkujuh sudah tiba.... Seperti biasalah bila tiba bulan November, setiap tahun kawasan Pantai Timur akan mengalami suasana HUJAN musim tengkujuh.. Hujan yang berterusan.. Bila hujan berlarutan tanpa henti ..maka akan terjadilah banjir..


Minggu ini pun dah 2..3 hari hujan..sekejap renyai ..sekejap lebat.. kain pun dah penuh dalam bilik basuh, nak jemur pun mesti lambat kering... Hmm... keje aku senang je, mana2 baju yang aku nak, aku bawa masuk bilik, sangkut kat katil, tingkap, atau almari, pasang kipas laju2, nanti nak tido aku selimut la tebal2.. hahaha... Esok pagi kompem kering baju2 tu... Time ni juga la, bau bilik... Fuhh.... Tak dapat nak diungkapkan dengan kata2.. Nak je aku angkut bilik tu, letak kat luar time panas, pastu jemur...huhu


ehsan google

Mungkin bilik aku berbau sebab jemur baju2 dalam bilik, Tapi aku bersyukur..... Sebabnya aku masih duduk dalam rumah, tak perlu susah2 kena pindah kalau hujan lebat, sebab rumah aku tak pernah kena naik air.  Rumah tak rosak, barang2 dalam rumah pun tak rosak.

Tak macam mangsa2 banjir yang kena duduk kat penempatan sementara, dah la kena bersesak dengan ramai orang, tidur berhimpit, makan minum pun tak menentu, hati tak senang sebab fikirkan keadaan rumah, barang2 rumah rosak, dan pelbagai lagi kerugian.

Kita kena la bersyukur dengan apa yang kita ada dan apa yang kita peroleh, setiap ujian yang berlaku ke atas kita, anggap je itu tanda kasih sayang dari ALLAH SWT untuk kita sentiasa dekat padanya, supaya tidak pernah lupa untuk berterima kasih walau ketika susah ataupun ketika senang..


KATA HATIKU : Nak merasa musim salji la pulak... Boleh ke??


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...