MY FRIENDS......

31 October 2011

DOA PENDEKAT JODOH....


Doa yang aku terima untuk dikongsi dari seorang sahabat... Tak salah untuk berkongsi ilmu kepada anda semua juga, kerana perkara yang baik hendaklah dikongsi......
Setiap insan ada pasangan impian masing2, dan setiap orang juga telah ditetapkan jodohnya... Bagi yang berkasih, hendaklah ingat bahawa, jodoh pertemuan semuanya ditangan ALLAH, walau seteguh mana cinta dan sayangnya anda pada si dia, jika si dia bukan jodoh yang telah ditetapkan, anda berdua tetap tidak akan bersatu, dan hendaklah terima dengan hati yang terbuka dan redha dengan ketentuan darinya..
Ingatlah.... mungkin ALLAH ingin menghantar seseorang yang lebih baik dari si dia yang pernah anda cintai, berterima kasihlah pada ALLAH SWT, kerana anda pernah merasai perasaan menyayangi dan disayangi, dan berterima kasihlah kerana si dia pernah mencintai anda, dan mengajar anda erti dirindu dan merindui..
Teruskan memperbaiki diri ke jalan ALLAH kerana
wanita yang baik untuk lelaki yang baik, dan wanita yang jahat untuk lelaki yang jahat..


Ya Allah, jadikan dirinya "sebutkan nama" kekasihku didalam hati yang tenang dan berikan kabar gembira kepadanya dan sampaikan 110 kebaikan kepadanya..Sesungguhnya Allah adalah sebaik2 penjagaan.dan Dia juga Maha Pengasih dan Penyayang..


KATA HATIKU : Semoga setiap doa termakbul...... AMIN


30 October 2011

BICARA DIRI : KEBAIKAN BERDIAM DIRI


"Barang siapa yang banyak perkataannya, nescaya banyaklah silapnya. Barang siapa yang banyak silapnya, nescaya banyaklah dosanya. Dan barang siapa yang banyak dosanya, nescaya Neraka lebih utama baginya". ( Riwayat Abu Naim )


"Barang siapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, maka hendaklah ia berkata yang baik atau diam". ( Riwayat Bukhari & Muslim )

"Barang siapa diam maka ia terlepas dari bahaya". ( Riwayat At-Tirmidzi ) Pengajaran maksud hadith:
1. Bicara yang baik akan membawa keselamatan dan kebaikan kepada manusia. Jika bicara tidak mengikut adabnya, manusia akan merana di dunia dan di akhirat.
2. Manusia yang tidak menjaga bicara akan dibenci oleh manusia lain manakala di akhirat bicara yang menyakiti hati orang lain akan menyebabkan kita terseksa di dalam Neraka Allah SWT.
3. Bagi mereka yang beriman, lidah yang dikurniakan oleh Allah itu tidak akan digunakan untuk berbicara sesuka hati dan sia-sia.
4. Lidah hendaklah digunakan untuk mengeluarkan mutiara-mutiara yang berhikmah.
5. Diam adalah benteng bagi lidah manusia daripada mengucapkan perkataan yang sia-sia.
6. Sekiranya kita tidak dapat bercakap ke arah perkara-perkara yang baik, maka jalan yang terbaik ialah diam.
7. Bicara yang baik adalah lambang hati yang baik dan bersih yang bergantung kepada kekuatan iman pada diri seseorang.

HIKMAH DIAM MENURUT 'ULAMA
1. Sebagai ibadah tanpa bersusah payah.
2. Perhiasan tanpa berhias.
3. Kehebatan tanpa kerajaan.
4. Benteng tanpa pagar.
5. Kekayaan tanpa meminta maaf kepada orang.
6. Istirehat bagi kedua malaikat pencatat amal.
7. Menutupi segala aib.


MADAH DARI HUKAMA':
"Banyak diam tidak semestinya bodoh, banyak cakap tidak semestinya cerdik, kerana kecerdikan itu buah fikiran, orang cerdik yang pendiam lebih baik dari orang bodoh yang banyak cakap."

"Menasihati orang bersalah, tidak salah. Yang salah memikirkan kesalahan orang. Kalau orang menghina kita, bukan kita yang terhina, sebenarnya orang itu yang menghina dirinya sendiri."

"Manusia tidak akan dapat mengalahkan syaitan kecuali dengan diam.


KATA HATIKU : SENYUM... TAK PERLU KATA APA2.. SENYUM....

25 October 2011

JOM JOIN KEMPEN TINGKATKAN JUMLAH FOLLOWERS




As'salam kepada semua teman2 dan pembaca sekalian... 
Tadi aku saja jalan2 dan terjah kat blog2 lain, untuk membaca dan mengomen entry mereka, sambil terjah terjumpalah entry ni.. KEMPEN TINGKATKAN JUMLAH FOLLOWERS. 
So, aku pun menjoinkan diri untuk kempen ni.. Almaklumlah, aku masih baru dalam dunia blog ni, dan masih tercari2 pembaca yang setia dengan entry aku yang tak seberapa.. 
Aku rasa tak rugi kalau aku ikut serta kempen macam ni, selain dapat mempromote blog aku yang tak seberapa ni, aku dapat kenal kawan2 baru dan bertukar-tukar cerita dengan sape2 yang comment entry aku. Tiada paksaan untuk follow aku, aku pun tak terlalu berharap dengan follower yang ramai( walaupun teringin..hehehe) . kadang2 follower ramai pun, belum tentu semuanya akan singgah membaca entry kita.. betul tak?? tapi yang penting, ada orang singgah dan baca entry dalam blog aku ni, sebab aku minat menulis, dengan cara ini, aku dapat perbaiki lagi cara penulisan aku...

Kalau korang nak join kempen ni, just klik je kat banner atas.. Tak rugi pun kalau join..
Ok, selamat bergembira...

KATA HATIKU : Tulis.. jangan tak tulis...

24 October 2011

AKU MAIN BOWLING...???

Aktiviti ni awal bulan 10 haritu lagi, tapi tak sempat aku nak updatekan dalam blog aku ni... Ini sebahagian daripada gambar semasa pertandingan bowling antara JPS setiap jajahan yang dianjurkan oleh pihak Puspanita.. Bertempat di KB MALL.



Sebahagian daripada para peserta.. Sesi pendaftaran pada jam 8.00 pagi..


Pertandingan dimulakan pada jam 9.30 pagi, dan Perasmian dilakukan oleh isteri pengarah JPS KELANTAN sendiri. Hebat juga isteri pengarah ni main..

 No 17 tu board kumpulan aku, JPS Tanah Merah, dan yang sebelah ialah dari JPS Machang.

 Balingan dari Kak La.. Kerani Pentadbiran JPS Tanah Merah

 Giliran kak Nor.. Technical Asistant JPS tanah merah

 Balingan dari aku sendiri.. ( tengah )

Inilah kumpulan aku... Dari JPS tanah merah... hehe
Dari kanan, aku, kak la dan kak nor..

Selama ni aku main bowling untuk suke2 je, nak hilangkan stress dengan kawan2 aku, tak pernah pula serius sampai masuk bertanding dalam mana2 anjuran pertandingan.. Tapi kali ni kak Nor ajak aku main bowling, bukan sekadar main untuk suke2 macam yang biasa aku buat, tapi untuk  BERTANDING....
Fuhh... lemah gak segala sendi dan otot kaki aku.. Bila tengok peserta dari kumpulan lain, sume nampak hebat2, siap ada yang pakai sarung tangan khas dan bawa bola sendiri, ahli kumpulan aku guna bola yang tersedia kat situ je.. huhu...
Kak Nor pun menasihatkan aku dengan Kak La

 "anggap je ni macam kita main bowling biasa2, bukan bertanding dengan sape2, dan main bowling ni untuk seronok2 hilangkan stress lepas lima hari berkerja, menang dengan kalah lain cite"... 

Hmm..betul juga kan??... Aku dan Kak La pun main la secara suka2, siap cuci longkang skali, hahaha.... Aku pun dah tak peduli dengan menang dan kalah, yang penting dapat habiskan permainan ni dengan baik..
(kadang2 jeling2 juga bile tengok orng lain dapat strike..hehe)
Tapi........ Alhamdulillah...... Berkat main dengan ikhlas, tanpa mengharapkan kemenangan, kumpulan aku akhirnya menang juga, dengan mendapat no 2, iaitu naib juara... Walaupun tak dapat no 1, iaitu juara, kumpulan aku bersyukur sangat2.. Sebab rezeki kami untuk menang ada juga walaupun pada awalnya peluang untuk menang agak tipis..
Nasihat aku, walau apa saja yang korang buat dan ingin lakukan, buatlah dengan penuh keikhlasan tanpa mengharapkan balasan dan ganjaran, kerana bila korang buat sesuatu tanpa harapkan balasan, akan ada ganjaran yang akan tersedia untuk kita pada waktu itu.. Tapi bila tiada apa2 ganjaran anggap saja rezeki korang tiada pada waktu itu, apa yang pasti, ganjaran pahala kerana keikhlasan korang tetap ada....


KATA HATIKU : Dapat mangkuk vantage je, tp ni la mangkuk vantage pertama koleksi aku... hehehe

BEREHAT

Ihsan google

Comelkan pic anak kucing kat atas tu?? Saja aku letak, sebab aku tau ramai yang minat dengan kucing..hehe... Tapi pic anak kucing tu tak ada kena mengena dengan entry aku kali ni ye, sekadar entry santai sahaja.....
WAHH!! Lama betul aku tak update entry, bukan malas, tapi banyak benda yang aku kena buat dan beberapa aktiviti yang aku sertai membuatkan aku tak berkesempatan untuk update entry. Almaklumlah, aku sekarang berada di hujung-hujung pengakhiran bulan, untuk PRAKTIKAL aku dengan pihak JPS. Banyak yang aku kena prepare, laporan harian, laporan kulit tebal, laporan untuk bos, dan tiga presantation, iaitu 2 presantation untuk pihak JPS, dan satu presantation untuk pihak IPT, bila aku masuk daftar untuk semester batu ni nanti. Banyak kan..?? huhu....
Sekarang ni, aktiviti dan idea dah banyak yang ingin aku kongsikan, tapi tak tahu pulak nak mulakan macam mana... Hmm... masalah juga tu.. Apa pun aku akan cuba untuk tidak membiarkan blog aku ini dari tidak ada pengisian langsung.. Terima kasih kerana sudi membaca di blog aku ni..


KATA HATIKU : Sekadar untuk berkongsi apa yang terlintas di hati..


19 October 2011

WORDLESS WEDNESDAY... # 7



PERTANDINGAN KUMPULAN INOVASI KREATIF ( KIK )











KATA HATIKU : Pengalaman pertama turut serta dalam program ni...



15 October 2011

AKTIVITI YANG AKU SUKA SANGAT2..... 2

XPDC KUALA KOH : BAHAGIAN 2

Hari kedua.... perjalanan bermula seawal 6.30 pagi... Awal gile, nak mandi pun sejuk..huhu.. Bergerak awal sebab nak wat persiapan untuk Bot... Perjalanan mengambil masa 1 jam lebih..

Dalam perjalanan... Jalan teruk, sebab baru lepas hujan.. Bot penyelamat yang kat depan skali  terlekat .


Time ni semua berhenti sebab nak tengok keadaan jalan yang seterusnya.. kena turun bawah lagi, keadaan jalan yang bahagian ni lagi teruk, aku kena naik kereta FORD, nasib baik tak kena duk kat belakang, kalau tak dah macam mat indon nak pergi ladang..huhu

Dah tiba.... semua dah ambil bot masing2.. 1 bot, 5 atau 6 orang, ada 15 buah bot semuanya. Aku kecut perut betul tengok jeram kat belakang 2..  AIR DERAS SANGAT..

.
Inilah bot kumpulan aku, yang pegang bot tulah bos besar aku, ENCIK SHARDANI. kumpulan aku 5 orang je.


Suasana menyiapkan bot..

Aku yang dah ready nak turun... hahaha... Ada gaya tak?? Walaupun hati tak senang nak duduk, tetap sempat lagi posing bile nak ambil gambar..

Dalam bot....

aku sempat jadi buah nangka masa nak naik tebing. beginilah keadaannya... muahahaha


KATA HATIKU : Tunggu bahagian yang seterusnya.....


11 October 2011

AKTIVITI YANG AKU SUKE SANGAT2 .... 1

XPDC DI KUALA KOH.. : BAHAGIAN 1

Hari pertama... Tiba di TAMAN NEGARA KELANTAN.. Penerangan dari Ketua Balai Bomba Machang, Encik Fauzi.. Rehat dan petangnya penyerahan Baju XPDC.. Aktiviti bebas.. Aktiviti ini disertai oleh JPS setiap jajahan, JKR dan MAJLIS DAERAH MACHANG.. Dianjur oleh JPS KOTA BHARU.. Peserta seramai 200 orang termasuk pihak BOMBA dan JPAM..

Inilah tempat penginapan untuk hari pertama.

Yang laki tido dalam khemah, yang perempuan dalam chalet... hahaha... jangan marah ye cik abang semua..

Sempat bergambar di hadapan titian kanopi, titian ni hanya boleh dilalui oleh 5 orang dalam satu2 masa, titian ni menuju ke atas bukit, boleh la nak tengok panorama dan pokok2 yang pelbagai..

Time ni aku atas jambatan, ambil gambar sungai kat bawah.. Keruh betul air sungai ni lepas dari hujan..

Time atas bukit.. sempat posing dengan 2 geng aku, ABE YIE dengan PAK ZAIN.

Time nak balik dah ni, kena lalu kat jambatan ni lagi... huhu.. gayat gak rasa, air kat bawah memang deras..
Malamnya tak ada apa2 aktiviti, sebab hujan.. lepas makan malam, semuanya lepak2 sambil berbual2 sesama sendiri dan tido awal untuk aktiviti keesokkannya pula..


KATA HATIKU :  hari pertama...walaupun hujan, bukit basah... tetap redah...


05 October 2011

WORDLESS WEDNESDAY... # 6

Kereta kabel di Genting





KATA HATIKU : Nanti nak try naik yang di Langkawi lak....


04 October 2011

SIFAT DIRI BERDASARKAN CARA TULISAN

Ihsan google
Pertama
Tekanan 

i. Tekanan yang kuat 
- Seseorang yang menulis dengan kuat tekanannya sehingga berbekas di bahagian belakang kertas. 
- Sihat, cergas, pantas dan sedikit agresif 
ii. Tekanan yang ringan 
Seseorang yang menulis dengan lembut dan ringan dan tidak berbekas. 
- Kurang bertenaga, kurang sihat dan mudah sakit


Kedua 
Bentuk Tulisan 
i. Tulisan yang bulat-bulat Semua huruf ditulis dengan bulat Emosional.
- prihatin, pengasih penyayang, kepekaan tinggi dan banyak memakai otak di sebelah kanan (otak kreatif) 
ii. Tulisan yang tajam-tajam atau leper-leper Tulisan yang angular dan sharp - Rasional, berkerja dgn sistematik, pandai mengurus dan banyak memakai otak di sebelah kiri (otak logical)


Ketiga 
Kecondongan 
i. Condong ke kanan 
- Extrovert, suka bercerita, berkongsi maklumat dgn orang lain, peramah, suka campur orang, mudah memimpin, mudah menunjukkan kasih sayang, berani, pemurah
ii. Condong ke kiri 
- Introvert, suka menyimpan rahsia, agak pemalu, tak suka berubah, amat setia kepada kekasih, keluarga, organisasi dan negara tetapi tak suka campur orang
iii. Tegak 
- Systematic, mudah kawal diri, suka berkawan tetapi tak cari kawan sebaliknya kawan cari dia, tak suka gaduh-gaduh, suka ambil jalan tengah
iv. Campur-campur 
- Emosi tak tetap macam remaja yang belum cukup umur atau macam oarng perempuan datang bulan (maaf)


Keempat 
Kerapatan 
i. Jarang-jarang 
- Tak suka campur orang, kurang mesra dan sedikit boros.
ii. Rapat-rapat 
- Suka campur orang, amat bergantung kepada orang lain, jimat atau kedekut


Kelima 

Pada huruf J, G, Y, Z 
i. Ada ekor 
a) Besar, panjang dan sempurna 
- Tahap emosi yang dipamer itu jelas, pengasih penyayang, pemurah, mudah kesian pada orang, mempamerkan tahap kerajinan 
b) Kecil, pendek dan tak sempurna 
- Tak pandai mempamerkan emosi, kurang rajin, tak pandai mempamerkan kasih sayang walaupun sayang itu banyak dalam diri


Keenam 
Pada palang huruf kecil T (t) 
i. Tinggi 
- Tahap aspirasi tinggi 
ii. Rendah 
- Mudah berpuas hati, cita-cita rendah iii. Tengah-tengah 
Usaha dan tahap pencapaian itu di tahap sederhana




Tulisan mencerminkan peribadi dan kita boleh menukar tulisan kita untuk mengubah peribadi dan personaliti kita dengan sengaja supaya kita cemerlang dalam hidup.
mungkin ada yang sama, mungkin ada yang tidak, apa pendapat korang??


KATA HATIKU : semuanya sama dengan diri ini... huhu

 1

02 October 2011

" JOM TAMBAH TRAFIK "




nak join?? klik je banner kat atas 2....

Jom tambah trafikk

KEEP ON SMILING

KATA HATIKU : Rajin la plak aku join segmen skng ni... huhu


SEGMEN HARIS KAITO : JOM TAMBAH FOLLOWER



nak join klik banner atas


KATA HATIKU : Join untuk suka2 n tambah kenalan....  :-)


01 October 2011

SEGMEN KANCIL8349 : PENGALAMAN SEMASA PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM


Assalamualaikum
Aku baru je follow blog kancil 8349 ni, dan pemiliknya menjemput aku untuk menyertai segmen beliau, iaitu segmen tentang pengalaman semasa perkhemahan unit beruniform, ini adalah segmen ke 2 aku join selepas segmen dari blog hasrulhassan  
sape-sape nak baca pengalaman orang lain, bleh la klik  blog kancil 8349
Sebenarnya aku ada banyak pengalaman tentang perkhemahan dan aktiviti lasak, sebab aku dah mula aktif sejak berumur 12 tahun lagi, iaitu darjah 6 dan sehinggalah ke hari ini, walaupun umur aku dah 23 aku masih lagi aktif dalam aktiviti sebegini.. Banyak pengalaman suka dan duka yang dah aku rasai.
semasa darjah 6, aku mengikuti perkhemahan PBSM, inilah perkhemahan pertama yang aku sertai, tapi perkhemahan ini hanya dibuat dikawasan sekolah, maklumlah budak kecik, tak boleh bawa jauh2. Banyak aktiviti yang dilakukankan, dan kumpulan aku juga johan pertandingan memasak, naib johan pertandingan malam kebudayaan.. hehehe
Tapi ape yang aku tak dapat lupakan ialah bagaimana cikgu azman dan cikgu laili mengenakan aku dan kawan2, malam tu aktiviti kami tamat pukul 12 tengah malam, dan kami mengambil keputusan untuk mandi juga walaupun dah lewat malam, sebab badan melekit dan berpeluh.. dipendekkan cerita, semasa dalam bilik air, lampu tiba2 terpadam, berterabur kami semua keluar dari bilik air tu, walaupun kami ramai, tapi semuanya penakut, semua barang2 mandi kami tinggalkan je, yang ada dalam bilik air dah terjerit-jerit, aku tak peduli sebab dah buka langkah seribu..hahaha.. nasib baik tak buka baju lagi, kalau tak maunya aku keluar berkemban dengan tuala, aku rela...huhu
Di luar tandas cikgu laili tegur kami sebab bising, dia tnya kami kenapa menjerit? kami bagitahu yang lampu bilik air terpadam, cikgu pandang kami semacam..

CIKGU : Kenapa pergi tandas tu lewat2 malam macam ni?
AKU : Kenapa cikgu??
CIKGU : Tadi cikgu terjumpa kepala, tak sempat nak bagitahu kamu semua.
KAMI : Apa....??!!!

Sekali lagi kami berterabur lari balik khemah... Cikgu laili memanggil kami, tapi kami buat tak dengar, yang penting saat 2 nak masuk khemah dan zip kemas2, lantaklah busuk sebab tak mandi, janji selamat..
Tak lama lepas tu, cikgu Laili dengan cikgu azman datang khemah kami, sambil membawa 2 3 orang pelajar yang 'tertinggal' dalam bilik air tadi.. Dorang tengah menangis..

CIKGU : cikgu belum habis cakap lagi korang dah lari... Hish..budak2 ni...
KAWAN AKU : macam mana kami tak lari, dah cikgu cakap cikgu jumpa kepala, kami takut sebab 2 kami lari..
CIKGU : Kepala yang cikgu maksudkan tu, "KEPALA PAIP", saja nak gurau dengan kamu semua, takkan tak boleh...


Kami semua mengeluh, macam2 perasaan ada waktu 2, nak marah, geram, nak tergelak pun ada, dan pada malam itu juga, cikgu azman dan cikgu laili terpasa pujuk budak2 yang menangis tu. Insiden lampu terpadam pulak kerja cikgu Azman, sengaja nak menyakat kita orang, tau ke kita ni budak? kalau orang tua, tak pasal2 makan sumpah seranah..huhu.
Walaupun cikgu laili dan cikgu azman cuma bergurau, aku dan rakan2 lain tetap tak jadi pergi dah tandas 2 untuk sambung mandi, kita orang jadi takut. Budak2 lain pun jadi takut nak pergi tandas, takut terkena lagi dengan cikgu kami yang suka menyakat.. Sejak 2 perkataan 'jumpa kepala' dah jadi bahan gurauan kat sekolah 2, untuk menyakat sesama sendiri..
Itulah pengalaman pertama aku semasa mengikuti perkhemahan.. Banyak lagi pengalaman2 dan aktiviti yang dah aku lalui, seperti tinggal dalam hutan sorang2 pada lewat malam, 'jungle tracking', river cross, masuk dalam sawah yang dah dibajak sampai terselam kaki paras lutut dan nak keluar pun payah, selam dalam taliair, masuk sungai busuk.. huhu....
Aktiviti macam ni sebenarnya memerlukan keberanian dan kesabaran, seronok sebab macam2 perkara dapat kita pelajari dan rasai sendiri pengalaman pahit mahupun manis, selain itu dapat mengajar kita lebih bertanggunjawab dan berdikari juga dapat menambah ramai kenalan..


..KATA HATIKU : tak lama lagi akan sertai aktiviti berakit di Dabong.. Tak sabar rasanya.. :-)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...