MY FRIENDS......

30 September 2011

KENAPA UMAT ISLAM SEMBAH KAABAH??

satu perkongsian untuk semua, bahan bacaan ni diambil dari satu laman di facebook...

Satu hari di majlis hi-tea Inter Faith Gathering di sebuah restoran mamak……

Missionary : Mengapa orang Islam, dia sembah kotak hitam ?

Pendakwah : Salah tu bro. Umat Islam sembah ALLAH bukan kotak hitam.

Missionary : Bukankah orang Islam sembah menghadap ke Kaabah, satu kotak berwarna hitam ? Apakah ALLAH itu dalam Kaabah ?

Belum sempat pendakwah menjawab …. Handphone N95 missionary berbunyi ….. Missonary menjawab panggilan telefonnya …. Pendakwah sabar menanti ….. Setelah Missionary selesai menjawab panggilan di N95-nya, dia merenung kepada Pendakwah …. Pendakwah tersenyum ….

Missionary : Mengapa tersenyum ? Bila awak hendak jawab soalan saya ?

Pendakwah : Erm … perlukah saya menjawab soalan awak ?

Missionary : Awak tak ada jawapan ?

Pendakwah : Bukan itu maksud saya. Tadi saya cuba gunakan teori yang awak gunakan untuk membuat soalan yang awak ajukan kepada saya. Saya dapati awak kurang siuman.

Missionary : Mengapa awak caka begitu ?

Pendakwah : Tadi saya lihat awak bercakap seorang diri, ketawa dan tersenyum seorang diri. Dan awak mencium handphone tu sambil cakap “I love you mom” …

Missionary : Saya bukan cakap seorang diri. Saya bercakap dengan emak saya. Dia yang telefon saya tadi.

Pendakwah : Mana ada emak awak. Saya tak nampak pun emak awak.

Missionary : Emak saya di Penang. Dia telefon saya, saya jawab gunakan telefon. Apa masalahnya ? (Nada suara Missionary semakin tinggi dan marah). Takkan itu pun awak tak boleh hendak fikir ?
Pendakwah : Boleh saya tengok handphone awak ?



Missionary menghulurkan N95nya kepada Pendakwah. Pendakwah mengambi N95 tersebut….. Pendakwah membelek-belek N95 tersebut …. Pendakwah menggooncang-goncang N95 tersebut sambil mengetuk-ngetuk N95 tersebut ke muka meja … Lantas …. Pendakwah menghempaskan sekuat hati N95 tersebut ke lantai ….. bersepaiiiiiiiiii …..

Merah padam muka Missionary menahan marah.

Pendakwah merenung muka Missionary sambil tersenyum ….

Pendakwah : Mana emak awak ? Saya tengok tak da pun. Saya pecahkan handphone ni pun tak da emak awak dalam handphone.

Missionary : MENGAPA AWAK NI BODOH SANGAT ? Teknologi komunikasi sudah maju. Kita boleh berhubung jarak jauh menggunakan talian telefon dan teknologi wireless. Awak tak guna otakkah ?

Pendakwah : Alhamdulillah (sambil tersenyum) …. Begitu juga halnya dengan ALLAH. Umat Islam menyembah menghadap Kaabah, bukan bermakna umat Islam menyembah Kaabah. Tetapi umat Islam menyembah atas arahan ALLAH. ALLAH mengarahkan umat Islam untuk sembahyang, kena menghadap Kaabah. Ini juga bukan bermakna ALLAH itu ada dalam Kaabah.

Begitu juga dengan awak dan telefon. Emak awak menelefon awak menggunakan handphone Nokia N95, ini bukan bermakna emak awak ada dalam N95 tu. Tetapi Syarikat telekomunikasi menetapkan peraturan, kalau hendak cakap dengan emak melalui telefon kena dail nombor awak, barulah talian akan bersambung antara awak dan emak awak, dan awak boleh berbual melalui N95 walaupun emak awak tiada dalam handphone tu.

Kemudian Pendakwah bangkit dari kerusinya, mengeluarkan wallet, dan menghulurkan RM 1500 kepada Missionary … Nah ini duit untuk awak beli N95 yang baru …. Pendakwah terus meninggalkan Missionary yang masih kelihatan confuse …. Mungkin dia bingung. Bingung kerana Islam mempunyai jawapan kepada segala persoalan berbanding agamanya ……


KATA HATIKU : Bangga dengan agama sendiri....


26 September 2011

SYUKUR.... AKU MASIH SEMPURNA....

Satu video yang aku rasa patut dikongsikan dengan semua orang
Ianya tentang kesempurnaan...


"YOU ARE GORGEOUS JUST THE WAY YOU ARE"
kata-kata dari Nick Vujicic...... 
Ada yang kurus nak jadi gemuk, ada yang gemuk nak jadi kurus, ada yang tinggi nak jadi rendah, ada yang rendah nak jadi tinggi, Yang miskin nak jadi kaya, yang kaya nak lebih kaya, semuanya serba tak kena.
 Terlalu banyak yang kita mahukan, tapi belum tentu semua yang  kita mahukan akan kita dapat..
Tak terkecuali aku... hahaha..... Tapi aku taklah sampai terlalu taksub dengan kecantikan semata-mata, macam sesetengah manusia yang sanggup menyakiti diri sendiri demi untuk kelihatan cantik,
Aku bersyukur dikurniakan fizikal yang sempurna dan tubuh badan yang sihat, bersyukur kerana memiliki keluarga dan kehidupan yang baik dan bersyukur kerana masih diberi peluang untuk hidup dan bernafas di dunia hingga ke hari ini.... Alhamdulillah...
Cantik ni terlalu subjektif, dan setiap orang ada pendapatnya sendiri tentang makna cantik, contohnya bila kita lihat seorang jejaka/gadis melintas, kita rasa dia hensem/cantik, tapi belum tentu kawan2 kita setuju dengan pendapat kita itu, betul tak??
Apa pun tafsiran kita tentang kecantikan, bagi aku cantik dalaman adalah lebih penting, kerana orang akan perkatakannya sampai bila2.. Kalau muka cantik, tapi perangai tak elok, tetap akan nampak buruk, tapi bila kita baik, hati bersih, orang pun akan suka dan sayang pada kita, itu yang paling penting sebenarnya....
 Aku teringat satu kata2 ni...
 " KECANTIKAN DALAMAN AKAN MENYERLAHKAN KECANTIKAN LUARAN.."


KATA HATIKU : Orang kata, tinggi tu seksi, betul k??... Habis tu aku ni yang tinggi, tak seksi pun.... Hmmm.... 





25 September 2011

JOM RELAX DENGAN PERMAINAN NI......



Aku dapat permainan ni dari kawan aku di facebook, pelbagai jenis jawapan yang kawan aku dapat, so aku sharekan disini pula, sebab aku nak tengok jawapan korang pula. Harap korang terhibur... :-)


 
(ehsan google)


Jom kita main 1 permainan
bergelak sebentar atau senyum sejenak. release tension~

i) Pilih bulan kelahiran anda:

... Januari - Aku cinta
Februari - Aku gigit
Mac - Aku belasah
April - Aku peluk
Mei - Aku terhantuk
Jun - Aku terkentut depan
Julai - Aku menari dengan
Ogos - Aku pergi dating dengan
September - Aku lambai dekat
Oktober - Aku muntah depan
November - Aku jerit dekat
Disember - Aku terlanggar

ii) Pilih nombor hari jadi anda:

1 - Mak aku
2 - Komputer aku
3 - Liverpool
4 - Garfield
5 - Musuh dalam selimut aku
6 - Gangster
7 - Handphone aku
8 - Gerrard
9 - Driver Bas
10 - Semut
11- Kawan baik aku
12 - Polis
13 - Taik kucing
14 - Patung barbie
15 - Lee Chong Wei
16 - Mak Mertua aku
17 - Mak tiri aku
18 - Girlfriendaku/ Boyfriend aku
19 - Makcik kantin
20 - Sharifah Amani
21 - Upin dan
22 - Siti Nurhaliza
23 - Spongebob
24 - Cristiano Ronaldo
25 - Bapuk/Maknyah
26 - Kawan aku
27 - Raja Lawak/Akademi Fantasia
28 - Jiran aku
29 - Orang gila
30 - Taylor swift
31 - Awek cun/ Jejaka tampan

iii) Pilih warna baju yang anda pakai skrg:

Putih - Sebab aku perasan cantik/hensem
Hitam - Sebab aku gila
Pink - Sebab aku suka single
Merah - Sebab mak aku suruh
Biru - Sebab aku tak tahan
Hijau - Sebab aku baik hati
Ungu - Sebab aku cemburu
Kelabu - Sebab bomoh suruh
Kuning - Sebab suka hati aku la
Oren - Sebab aku baru putus cinta
Coklat - Sebab aku tak tentu arah
Lain-lain - Sebab aku fikir aku hebat

** sambungkan bg jadi 1 ayat..
KONGSI-KONGSILAH JAWAPAN ANDA~ (JAWAPAN JUJUR BARU BEST)
selamat mencuba..





KATA HATIKU : Aku jerit dekat kawan aku sebab aku gile??.... hahaha...





21 September 2011

20 September 2011

BLOG

(ehsan google)

Kat sini aku nak senaraikan blog yang aku selalu singgah dan selalu jugalah baca entry2 yang dorang tulis.. sebab ape aku singgah? kalau korang nak tau, korang pegi la singgah kat blog dorang ni..


blog pertama yang aku ikut, ikhram ni juga kawan aku masa kecik2 dulu, lama terpisah akhirnya bertemu kembali..hehe.. aku suka baca tulisan dia sebab tulisannya adalah tulisan yang lahir dari hati dia dan kompen tak di copy paste dari mana2..





blog2 yang kat atas ni memang aku suka singgah, macam2 cite korang boleh baca kat blog2 ni, cite sedih, cite kelakar, berita semasa, berita dunia, gambar pelik, gambar comel, gambar seram... semua ada..
nak tau lebih, kena lawat la.. hehe

http://aimanbudakbaik93.blogspot.com/

http://myidolnamja92.blogspot.com/

Blog-blog yang atas ni lak kalau korang nak tau pasal k-pop..

http://cintadearhaniey.wordpress.com

Blog untuk madah-madah cinta, sweet sangat2...

http://sinarmawaddah.blogspot.com/


http://zharifalimin.blogspot.com/


http://ariffsarip.blogspot.com/


http://naimulfirdaus.blogspot.com/

blog-blog yang kat atas ni lebih kepada keagamaan.. Baik untuk tambah pengetahuan tentang agama dan soal jawab agama islam kita sendiri..

http://fromintankitchen.blogspot.com/


http://www.tiffinbiru.com/

Akhir sekali.... blog-blog yang diatas adalah blog tentang masakan.... memang meleleh air liur bila buka dua blog ni, pelbagai jenis masakan yang dikongsikan, siap dengan resepi, sape2 yang minat masak, boleh la melawat blog-blog diatas ye.....


KATA HATIKU :  Menulis sekadar untuk berkongsi...... ^ _ ^


14 September 2011

WORDLESS WEDNESDAY... # 4

KAT TEMPAT UKIRAN KERIS DAN PERAK, DI PERKAMPUNGAN KRAFTANGAN KOTA BHARU






KATA HATIKU : Harga keris boleh beli sebiji motor??.. hmm..


10 September 2011

ISTIMEWANYA WANITA

ALLAH telah menciptakan manusia itu sebaik-baik kejadian, dan kita sebagai hambanya, hendaklah taat pada perintahnya..  Bertuahnya dilahirkan sebagai seorang wanita islam, kerana islam begitu menjaga darjat seorang wanita..  Jadilah wanita seperti kuntuman mawar berduri, indah dipandang tetapi sukar didekati, jadilah wanita seperti mutiara dilautan, semakin sukar ianya ditemui semakin bernilai harganya.. 



1. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali.

2. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 lelaki
   soleh.

3. Seorang wanita yang jahat adalah lebih buruk daripada 1,000
   lelaki yang jahat.

4. 2 rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih baik daripada
   80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.

5. Wanita yang memberi minum susu kepada anaknya daripada badannya
  (susu badan) akan dapat satu pahala daripada tiap-tiap titik susu
   yang diberikannya.

6. Wanita yang melayan dengan baik suami yang pulang ke rumah di
   dalam keadaan letih akan mendapat pahala jihad.

7. Wanita yang habiskan malamnya dengan tidur yang tidak selesa
   kerana menjaga anaknya yang sakit akan mendapat pahala seperti
   membebaskan 20 orang hamba.

8. Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suami yang
   melihat isterinya dengan kasih sayang akan dipandang Allah dengan
   penuh rahmat.

9. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan
   Allah dan kemudian menjaga adab rumahtangganya akan masuk syurga 500
   tahun lebih awal daripada suaminya, akan menjadi ketua 70,000
   maalaikat dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam
   syurga, dan menunggu suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat
   daripada yakut.

10.Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga
   anak yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan
   bila dia hiburkan hati anaknya Allah memberi 12 tahun pahala ibadat.

11.Wanita yang memerah susu binatang dengan "bismillah" akan
   didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan.

12.Wanita yang menguli tepung gandum dengan bismillah", Allah akan
   berkatkan rezekinya.

13.Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala
   seperti meyapu lantai di baitullah.

14.Wanita yang menjaga solat, puasa dan taat pada suami, Allah akan
   mengizinkannya untuk memasuki syurga dari mana-mana pintu yang dia
   suka.

15.Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa pada siang hari.

16.Wanita yang hamil akan dapat pahala beribadat pada malam hari.

17.Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70        tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu   uratnya Allah mengurniakan satu pahala haji.

18.Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin, dia akan dikira sebagai mati syahid.

19.Jika wanita melayan suami tanpa khianat akan mendapat pahala 12 tahun solat.

20.Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh (2 1/2 tahun), maka maalaikat-maalaikat di langit akan khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.

21.Jika wanita memberi susu badannya kepada anaknya yang menangis, Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa.

22.Jika wanita memicit suami tanpa disuruh akan mendapat pahala 7 tola emas dan jika wanita memicit suami bila disuruh akan mendapat pahala tola perak.

23.Wanita yang meniggal dunia dengan keredhaan suaminya akan
   memasuki syurga.

24.Jika suami mengajarkan isterinya satu masalah akan mendapat
   pahala 80 tahun ibadat.

25.Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah di akhirat,
   tetapi Allah akan datang sendiri kepada wanita yang memberati
   Aauratnya iaitu memakai purdah di dunia ini dengan istiqamah.

 KATA HATIKU : Sebaik-baik perhiasan didunia adalah wanita yang solehah, 



09 September 2011

KOREA = DRAMA BARU DI KBS

Ini antara sebahagian Drama Korea terbaru yang aku tonton, dan aku ingin kongsikan dengan korang, belum habis ditayangkan, dan kalau ade sape2 nak tonton, bleh tonton di channel ASTRO KBS, tak pun beli DVD je. Tapi kena ingat, jangan beli DVD yang cetak rompak ye??

 SPY MYUNG WOL



Sape dah tonton cite ni??  Bagi peminat filem dan drama korea, jangan lepas peluang untuk menonton cite ni, sebab cite ni best, 16 episode je.. Drama komedi romantik ini dibintangi oleh Eric sebagai Kang Woo, Han Ye Seul sebagai Han Myung Wol, Lee Jin Wook sebagai Choi Ryu, dan Jang Hee Jin sebagai Joo In Ah.
Ape yang akan terjadi bila seorang pengintip yang sentiasa komitmen dengan tugas dan arahan yang diberikan jatuh cinta pada seorang bintang yang menjadi pujaan ramai gadis?? Kalau nak tau lebih lanjut, bolehlah korang tonton drama ni..

OJAKGYO FAMILY

  

Drama  ni pula berkisar tentang kisah kekeluargaan, ada unsur komedi dan percintaan.. Dibintangi oleh Jeong Woong In sebagai Tae Sik(anak sulung), Ryu Su-Young sebagai Tae Bum(anak kedua), Joo Won sebagai Tae Hee(anak ketiga), Yeon Woo-Jin sebagai Tae Pil(anak bongsu) dan Uee sebagai Ja Eun .
Sape2 peminat Uee dari kumpulan After School ni, boleh la tonton drama ni, Uee ni pun penah juga berlakon dalam drama 'He's Beautiful dengan Jang Guen Suk dan Park Shin Hye..

THE PRINCESS MAN


Drama 24 episode ini pula adalah sebuah drama ala-ala Romeo dan Juliet.. Dibintangi oleh Moon Chae Won sebagai puteri Lee Se Ryung, Park Shi Hoo sebagai Kim Seung Yoo, Song Jong Ho sebagai Shin Myun dan Hong Soo Hyun sebagai puteri Kyung Hye. 
Kisah tragic percintaan zaman purba Dinasti Chosun. Se Ryung dan Seung Yoo saling jatuh cinta, tapi mereka dapat tahu bahawa ayah mereka saling bermusuhan kerana kuasa dan sejarah lama, percintaan mereka terhalang dan pelbagai usaha dilakukan untuk memisahkan mereka..
Sape2 yang suke percintaan tragic macam ni, bleh la layan drama ni, tapi jangan sampai menangis pulak, nanti habis tisu kat rumah.. hehe

KATA HATIKU : Tak suke dengan peperangan.. Merugikan semua pihak je..

07 September 2011

SEGMEN : HASSRULHASSAN.COM CARI BLOG KURANG DARI 300 FOLLOWER


sepanjang aku berbloger, inilah kali pertama aku join segmen... kalau korang nak join segmen ni, boleh je, janji follower korang dari 300 macam aku.. meh la join skali... :-)



Caranya:


-Buat satu entri dengan tajuk berikut: "Hasrulhassan.com Cari Blog Kurang 300 Followers"


-Letakkan badge diatas dalam entri anda itu
-Dah ... siap buat entri, sila tinggalkan link/url entri anda itu sebagai tanda anda join segmen mudah ini. 
-Anda digalakkan untuk cerita serba sedikit tentang diri anda sebagai blogger dan juga tentang blog anda supaya dikenali oleh blogger lain.

------------------------------------------------------------------
tentang diriku dan blog ini.

panggil liana, 23, asal kelantan dan masih belajar. suka sangat membaca, semua jenis bahan bacaan aku baca, menulis, mengumpul pelbagai jenis buku terutama novel, dan melayari internet..
tentang blog ini pula, aku menulis bila aku rasa ingin menulis, dan kebanyakan entry yang aku buat adalah tentang apa yang berlaku disekeliling aku, apa yang aku suka, note2 yang aku baca, dan aktiviti2 yang aku lakukan bersama2 dengan keluarga dan rakan2..


KATA HATIKU : join, jangan tak join..... :-)

WORDLESS WEDNESDAY... # 3

ADIK WAFI.....



KATA HATIKU : Tengok tongkat, teringat arwah tok.... :-)


05 September 2011

BILA DAH SAMPAI JODOH......

Majlis perkahwinan sepupu aku... IZZATI
SELAMAT PENGANTIN BARU, SEMOGA BAHAGIA HINGGA KE AKHIR HAYAT.... :-)







"Kak zati doh sampai jodohnyo, kak yana bilo lak??" 

"kakak?? tunggu je la, dok sampai seru lagi la, lagipun umo mudo lagi, ngaji(blaja) pun dok abih lagi"

"kalu ado doh, oyak la, jange tunggu lamo2, kalu takdok lagi jange jual mahal sangat, takot expired..."

"hahh!!...hahaha"

Expired??? aku gelak je bile dengar perkataan tu, umo 23 da kire nak expired ke??huhu... tak apelah, yang penting bagi aku, umo 23 masih muda, walaupun dah ramai kawan2 aku yang menamatkan zaman bujang mereka pada umo begini, aku tak kisah sebab jodoh dorang dah sampai. Soal jodoh aku pulak, semuanya ditangan TUHAN.... tapi bagi aku, umo 23 ni masih muda lagi ye... hahaha....
 Sebelum itu, aku nak ucapkan tahniah kepada kawan2 aku yang dah menamatkan zaman bujang mereka.. Suziati, Norhamizah, Hanif, Kak Lisa, Noradni, Kak Raihan, Supia, Azida, Annisa dan Muslim, tak lupa juga yang dah menimang cahaya mata, Ain Suzita, Hafiza, Atikah,  Shiela, dan Linda, Semoga kamu semua bahagia disamping orang yang tersayang, didunia dan akhirat.... AMIN




KATA HATIKU : Baik berCinta selepas KAHWIN je..... :-)



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...