MY FRIENDS......

07 February 2011

FAKTA TENTANG DIRIKU......

 satu perkongsian untuk semua tentang diri aku, simple, tapi padat.

1. Nama penuh aku ialah Nur Iliana Bte Mat Asif. Pada 11.11.2011 ini, cukup lah umur aku 23 thn, satu tarikh yg cukup cantik pada tahun ini..
2. Berasal dari Machang Kelantan, dan sekarang bersama family menetap di tanah merah Kelantan. Hampir 16 tahun dibesarkan dalam suasana kem Tentera dan berada di luar Kelantan, namun negeri Cik Siti Wan Kembang tetap dalam hati. :-)
3.  Anak sulung dari 5 beradik, ada 2 adik lelaki dan 2 adik perempuan. sepatutnya 3 adik lelaki, tetapi ALLAH lebih sayangkan dirinya.
4. Aku suka membaca semua jenis buku dan semua bentuk bahan bacaan, dan mengumpul novel-novel terbitan dari alaf 21, prima, telaga biru dan khaki novel, serta majalah seperti mastika, remaja, al-islam, nur dan dara.
5. Aku memiliki ketinggian 172 cm, terlalu tinggi untuk seorang perempuan, tetapi aku ada seorang kawan perempuan bernama Fayadhah dia memiliki ketinggian lebih dari aku, iaitu 174 cm. berat aku pernah mencecah sebanyak 90 kg, dan sekarang cuma 70 kg, tetapi masih berusaha untuk menurunkan lagi berat badan tersebut.. hehe.. chayok!!
6.  Pernah obses dengan warna pink, semua barang aku suka dengan warna pink, tapi sekarang obses itu dah berkurang dan lebih berminat dgn warna merah darah, hitam, purple,kelabu, biru muda dan oren. kebanyakan baju aku lebih kepada warna merah.
7. Suka melihat fesyen muslimah terkini, seperti jubah, selendang, blouse, jenis2 tudung, dan teringin untuk mencuba, tetapi tidak berkeyakinan untuk memakainya. Lebih suka memakai baju labuh dengan seluar berbanding baju kurung.
8. Suka dengan sayuran, dan makanan berkuah air, seperti sup, tomyam, nasi air, soto dan semua jenis laksa, tetapi kurang mengemari makanan berempah seperti kari dan gulai.
9. Suka minum susu , tapi tidak suka minuman bercampur susu tin seperti teh susu, kopi susu, bandung dan sebagainya, tidak suka milo, dan gemar dengan teh.
10. Aku suka dengan sukan dan permainan lasak seperti flaying fox, river cross, camping, pinball dan sebagainya, dan minat dengan TUDM, ramai tak percaya dengan minat ni sebab kawan2 cakap aku ni lembut, hehe... tapi itulah diri aku.
11. Mudah memaafkan seseorang itu, walaupun kesalahan yang dilakukan cukup berat, tetapi sukar untuk melupakan apa yang telah dia lakukan terhadap aku, dan anggapnya sebagai pengajaran supaya aku lebih berhati-hati kelak.
12.Lebih suka melakukan sesuatu yang praktikal berbanding mempelajarinya secara teori.
13. Sayang sangat2, tetapi x tak pandai nak menunjuk dan meluahkannya..   
14. Tak suka keluar tanpa arah tuju, lebih suka berada dirumah, tetapi suka keluar jika berkumpul dengan kawan2 melakukan aktiviti, tetapi tak suka membeli belah.
15. Suka dengar lagu2 balada, pop 90-an, evergreen, nasyid, korean dan suka menonton cerita2 cinta, kekeluargaan, drama2 dari korean dan jepun.
16. Tak suka dan takut dengan binatang termasuk kucing, lebih2 lagi yang merayap macam lipas... aaarrgghhh... 

Itu sajalah yang dapat aku kongsikan dengan semua tentang diri ini... Satu lagi sebelum aku lupa..
Pendapat aku tentang CINTA......
CINTA adalah sesuatu yang indah, dan semua orang tak boleh lari dari CINTA, kerana ianya ada dalam diri setiap orang. Untuk memiliki CINTA yang sejati setiap orang hendaklah bersedia, kerana ianya sukar untuk diperoleh, dan jika telah memperolehinya, hendaklah menjaganya dengan baik.
  CINTA untuk aku masih belum tiba, kerana aku masih belum mahu memberinya kepada sesiapa sehinggalah tiba waktu yang sesuai untuk aku, dan aku ingin mencintai diri sendiri dahulu sebelum menyintai orang lain, kerana jika kita mencintai diri sendiri dahulu, kita akan lebih menghargai CINTA orang lain.
Cintailah CINTA, dan jangan jadi hamba kepada CINTA...
 

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...